Tuesday, July 29, 2008

Antara Mercedes, Rakyat dan......

Mutakhir ini, kalut kita baca atau dengar tentang isu pembelian kereta Mercedes E-Class oleh kerajaan Terengganu, untuk kegunaan ahli Exco mereka. Apa lagi, yang jaguh-jaguh politik di kedai kopi pun sibuk menceritakan pendapat-pendapat mereka tentang isu ini, sehingga bercawan-cawan kopi habis di minum, semata-mata membincangkan isu ini.

Maka, yang untung nya, pemilik kedai kopi berkenaan. Mana tidak nya, segelas kopi kalau di Seremban pun harga nya RM1.20, didarabkan dengan 5 cawan bersamaan dengan rm 6.00. Membazir betul kita habis kan duit kita untuk perkara-perkara begini. Kan kerajaan suruh jimat, kenapa nak habis kan sampai RM 6.00 hanya untuk minum kopi. Dengar la sikit nasihat kerajaan. Lepas ni jangan buat lagi ok?

Kita sebagai rakyat jangan sibuk sangat, itu urusan mereka, kalau kita sibuk cakap pasal ni, satu kerja pun tak boleh buat. Kalau kita rasa Proton tak bagus, jangan beli Proton, kita ada pilihan lah.

Persoalan nya, betul ke servis kereta Proton mahal sampai macam tu sekali? Kalau betul kenyataan MB Terengganu, makna nya memang tak berbaloi lah. Selama saya menggunakan kereta Proton Satria ni, setahun hanya RM120 je perbelanjaan servis. Takkan harga servis V6 jatuh berpuluh kali ganda mahal nya berbanding Satria kot. Pelik jugak la.

Kesian Proton, dulu pemimpin UMNO yang meng-agong-agong kan kereta buatan tempatan ini. Sekarang ni, pemimpin UMNO sendiri seolah-olah menghina Proton di khalayak ramai. Macam membuka pekung di dada pulak. Dulu Tengku Mahaleel jaga Proton lagi bagus. Tak pernah pun timbul isu kereta Proton tidak berkualiti. Tapi, biasa la orang melayu ni, sanggup berperasaan dengki sehingga Tengku Mahaleel di sisih kan dari Proton. Alasan mereka Tengku Mahaleel tidak tahu pasal Business mahupun automatif, beliau hanya seorang lulusan Ijazah Sejarah je. Apabila beliau di sisihkan dari Proton, sekarang ni, seolah-olah Proton akan lingkup dan hanya melalui sejarah sahaja kita dapat kenal kewujudan kereta Proton ini. Jika itu terjadi, saya yakin, 'pakar sejarah' akan di panggil semula dalam Proton untuk mengkaji 'sejarah' yang lama.

Berapa banyak duit habis? Entah la, saya ni pelajar undang-undang, kiraan nombor memang saya tak pandai. Bila Dato' MB mengeluarkan 'figure', memang saya malas nak tengok. Sebabnya, saya tidak suka nombor. Tapi yang pasti jumlah nya banyak. Jutaan Ringgit Malaysia ! Mana kerajaan dapat duit? Duit rakyat yang bayar cukai la agak nya. Yang pasti, baik kereta Proton Perdana V6 mahupun Mercedes E-Class, kedua-dua nya memerlukan jumlah duit yang amat besar nilai nya. Kesian rakyat, nak minum kopi pun kena buat pengiraan banyak kali macam saya.

Pada saya, biarlah duit tu di belanjakan dengan berhati-hati. Jangan terlalu boros, jika kerajaan ada duit lebih kami tak larang. Apa lah salah nya Pemimpin kami menggunakan kereta yang selesa sikit, sebab mereka ni dah penat berjuang untuk kita. Tetapi, pemimpin pun perlulah membayar kepercayaan rakyat ini dengan penuh keikhlasan. Jangan la kita harap kan pagar, pagar makan padi.

Akhir sekali, saya berharap duit yang kerajaan Terengganu gunakan itu, tidak memberi sebarang kesan yang mendalam kepada rakyat. Kalau ada lebih, gunalah ! Kami tak marah. Tapi kalau nak berbelanja kena dahulu kan perkara-perkara penting dulu. Saya nasihat kan kepada semua pemimpin di Malaysia secara am nya dan pemimpin terengganu secara khas nya. Fikirlah yang mana penting, Mercedes, Rakyat atau.......



 

3 comments:

Anonymous said...

akum tuan haji.

terlebih dahulu saya ingin menugcapkan tahniah atas komen tuan yang membuka mata para siswa yg membaca blog tuan ini.
cuma saya rasa kurang setuju dgn beberapa perkara:

1. tak mungkin secawan kopi di seremban berharga RM1.20 kerana harga ini lebih mahal berbanding segelas teh o ais yang harga silingnya sama iaitu RM1.20

2. Memang betul kerajaan menasihatkan rakyat untuk berjimat. Tapi bagaimana kita hendak mengikut nasihat itu sedangkan kerajaan sendiri yang mengikut amalan syaitan ini dengan berbelanja sakan seperti apa yg tuan sedang bincangkan dalam entry ini.

3. Harga servis Satria tidak mungkin hanya RM120 setahun kerana setahu saya itu adalah harga 'standard' satu kali servis. Takkan tuan hanya servis kereta sekali setahun ? Adakah tuan haji mahu kereta tuan mengikut jejak bas2 Rapid KL yg tersadai tak terbela ?

4. Memang harga servis sebuah Proton Perdana V6 berkali ganda mahalnya daripada harga servis Proton Satria yg hanya servis setahun sekali. Malah, harga untuk menukar 'gearbox' sebuah Proton Perdana V6 sudah menjangkau harga sekurang-kurangnya RM1,500.00 dan untuk pengetahuan tuan, 'gearbox' ini selalu menjadi penyumbang kepada masalah Proton Perdana V6.

5. Walau bagaimanapun, tidak lah logik kalau nak dibandingkan dengan harga yg diumumkan oleh Dato' MB. Saya telah membuat perkiraan dan 'figure' itu secara tidak langsung menyatakan yg harga servis untuk sebuah Proton Perdana V6 mencapai sehingga RM20,000.00 setahun. Sungguh tidak masuk akal. Pada pendapat saya, mungkin berlaku aktiviti 'claim hantu' di antara isu ini.

6. tidakkah mengkaji tindakan seterusnya adalah lebih bermanfaat daripada mengkaji sejarah ?

walaupun agak byk yg saya tidak setuju tetapi saya menyokong kata2 tuan haji ini kerana saya juga di antara suara mahasiswa yg makin hari makin kelu di makan ombak diskriminasi yg datang dari lautan politik ini. Saya berharap tuan dapat menjawab komen saya ini. Terima kasih.

Hang Lekuk said...

Y.Bhg Tuan Sharizad Rosli,

Sebelum saya mula berbicara, saya ingin maklumkan kepada Tuan bahawa saya telah banyak menerima komen dari sahabat mahasiswa yang lain. Namun, tidak pernah pula saya mengirim balas komen tersebut. Ini adalah kali pertama saya berbuat begini. Satu kejayaan untuk diri Tuan. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi memberi penghujahan yang amat bernas !

Saya secara jujur, bersetuju dengan Tuan berkenaan kewujudan 'claim hantu' di kalangan pegawai yang terlibat dengan khidmat servis kereta exco kerajaan negeri Terengganu. Dengan itu, saya menjadi tidak sabar dalam menanti keputusan penyiasatan BPR terhadap mereka yang terlibat dalam penyalah gunaan kuasa ini. Sejauh mana kettelusan BPR, sama-sama lah kita tunggu.

Berkenaan dengan harga servis kereta saya, saya servis kereta saya dua kali setahun dan begitulah harganya (jarang-jarang sekali melangkaui nilai RM 120). Mungkin sebab tidak pernah orang ajar saya tipu claim, sebab itulah Tuan terperanjat dengan figure yang sangat rendah itu. Moral nya Tuan, daripada menggunakan Suzuki Swift, lebih baik kita tukar ke Perodua MyVi. Lebih murah dan praktikal, malah secara tidak langsung, kita dapat buktikan betapa kita sokong dengan barangan Buatan Malaysia. (Hanyalah contoh dan tidak ada kena mengena antara hidup atau mati).

Selain itu, saya nampak Tuan seolah-olah kurang faham dalam jenis penulisan saya kali ini. Saya rasa Tuan perlu mengkaji apakah sebenar nya yang cuba saya sampaikan. Janganlah terlalu spesifik, kerana ini adalah sikap orang yang masih belum maju. Negara kita sudah maju dan merdeka, maka cara penulisan anak merdeka pun sudah ada kelainan, sesuai dengan peredaran zaman. 'Tidakkah mengkaji tindakan seterusnya adalah lebih bermanfaat daripada mengkaji sejarah ?'.

Akhir sekali, saya berbangga dengan penulisan Tuan, kerana ternyata masih ada mahasiswa yang bernas dalam penghujahan pendapat. Semoga kita dapat berkerjasama dan bersatu dalam meredah ombak diskriminasi di lautan politik yang bergelora.....

Terima Kasih sekali lagi...

Anonymous said...

1.Pendek kata, kerajaan BN kuat rasuah, tidak amanah, putar belit dan lain-lain.

2. Baik guna RM 1 juta beli kereta Perdana baru. 1 Juta lagi untuk kos selenggara (Ahmad Said cakap kos mahal kan?) dan baki lagi 1 Juta tu masukkan dalam tabung Program Rakyat Termiskin.

3. Masih ada rakyat Terengganu yang miskin tegar. Wang yang Kerajaan negeri gunakan tu wang rakyat. keutamaan haruslah kepada rakyat.


4.Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah: 188)


**gelak sorang-sorang bila tgk si sudin cakap "aliff, mim, nun, wau"...SARKIS! dalam cerita Bujang Lapok. Ada betulnya...