Tuesday, July 8, 2008

Pakatan Pembangkang Bawa Budaya Liar Dibidas

PUTRAJAYA 7 Julai - Pakatan pembangkang dibidas kerana membawa budaya liar dalam Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat - Protes Sampai Turun yang dijalankannya di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, perhimpunan yang dicemari insiden menunjuk punggung itu tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat.

''Saya tak tahu sama ada mereka nak galakkan budaya tunjuk punggung ini, apa manfaat yang kita peroleh daripadanya.

''Pakatan pembangkang cubalah disiplinkan orang yang mereka ajak ke situ," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat - Protes Sampai Turun membantah kenaikan harga minyak anjuran pakatan pembangkang mencetuskan insiden yang memalukan apabila penyanyi lelaki kumpulan Carburetor Dung, Alak bertindak liar melondehkan seluar di hadapan para peserta perhimpunan itu ketika membuat persembahan di Stadium Kelana Jaya.

Ditanya sama ada Alak yang melondehkan seluarnya akan disiasat, Syed Hamid berkata, polis akan menyiasat setiap tindakan yang didapati bertentangan dengan undang-undang.

''Saya fikir kita tidak boleh rumuskan tindakan (ke atas Alak), tetapi tiada sesiapa yang terkecuali daripada undang-undang.

''Jangan harap bahawa kita boleh bina suasana konspirasi, suasana tidak adil untuk mengecualikan kita daripada undang-undang, semua orang tertakluk kepada undang-undang," katanya.

Beliau turut kesal dengan tindakan pemimpin pakatan pembangkang yang sering melemparkan tuduhan dan tohmahan yang tidak berasas terhadap kerajaan.

''Takkan penasihat PKR atau pakatan pembangkang sahaja boleh buat tuduhan dan tohmahan kepada orang tetapi orang lain buat, (didakwanya sebagai) konspirasi.

''Dia (Anwar) tak nak orang bantah atau tak bersetuju dengannya, saya takut kalau orang macam ini diberi peluang oleh rakyat untuk memimpin negara ini," katanya.

Dalam pada itu, Syed Hamid berkata, beliau tidak pernah melabelkan mana-mana individu termasuk Anwar sebagai spy (pengintip) kepada negara lain.

''Saya tak kata orang lain spy, saya langsung tidak pakai perkataan itu.

''Saya tak tahulah kalau dia nak menganggap dirinya (sebagai spy), saya tak pernah memakai perkataan yang sedemikian," katanya.

Anwar semalam mengeluarkan kenyataan akan mendakwa Syed Hamid kerana cuba melabelkannya sebagai ejen negara asing.


Ihsan Utusan Malaysia

____________________________________________________________________

KOMEN SAYA:

Dalam perhimpunan Ahad lepas jelas pihak penganjur yang terdiri dari pakatan pembangkang gagal mencapai matlamat perhimpunan tersebut untuk memprotes kenaikan harga minyak yang sedang melanda negara.

Sudah lah gagal dengan matlamat nya, isu baru pulak yang timbul semasa perhimpunan tersebut. Isu "Menunjuk Buntut" !

Acara itu saya di fahamkan telah di anjurkan oleh pakatan pembangkang yang mana Parti Kedilan adalah tunjang kepada acara berkenaan. Acara itu bermula sewal jam 10 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengah malam. Apa yang lebih menghairankan, acara itu sepatutnya mengumpul 1juta rakyat Malaysia, namun, dari maklumat dari sebuah blog yang menggelarkan diri mereka "pemuda Bersih", hanya 30 000 orang yang hadir pada acara berkenaan. Makna kata tidak sampai pun 100 000. Nampak sangat orang malas nak layan dengan politik kotor pakatan pembangkang !

Para pembaca sekalian, jangan lah kita percaya sangat dengan orang-prang pembangkang ni. Mereka ini hanya mahukan kuasa, senang cerita mereka ini sebenarnya tamakkan kuasa. Buktinya, tengok lah kerajaan PKR yang memerintah di Selangor, sehingga sekarang manifesto Pilihanraya masih belum dapat di laksanakan. Padan muka, janji macam-macam, ingat kan handal sangat rupanya lagi teruk ! Cakap tak serupa bikin !

Lagi satu, kalau pembaca sekalian perasan, isu yang selalu nya bangkit melibatkan Parti Keailan mesti ada kena mengena dengan buntut. Lihat sajalah Ahad lepas, isu "buntut" lagi yang keluar. Teruk la. Sepanjang 62 tahun UMNO bersama-sama dengan kita, tidak pernah langsung isu buntut ini keluar. Nampak sangat pemimpin Keadilan gila buntut !

Akhir sekali saya akhiri penulisan saya dengan serangkap pantun:

Lim Kit Siang mahu hapuskan monarki,
Nik Aziz pula takut naik nafsu,
Anwar Ibrahim liwat sana liwat sini,
Dr. Mahathir terus memperjuangkan Melayu !

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Adik, Nik Aziz seorang ulama' dan beliau harus dihormati.

Jikalau terasa teruja sekalipun untuk berpantun harus menjaga adab-adab agar tidak melampaui batas.

Jangan menjadi manusia yang munafik...(Walau apa pun ranjau yang perlu saya lalui, saya tetap akan memperjuangkan nasib Agama, Bangsa dan Negara....)

Jangan asal berbicara..gunakan pemikiran anda dengan sebaiknya.


walaubagaimanapun, saya suka penulisan anda...

salam..

Anonymous said...

betul lah, nik aziz mmg takut naik nafsu. anda bercakap seolah2 anda pro dalam hal agama, tp kekasih hati sendiri tak reti menutup aurat. lagi didedah lg bagus. pakaiannya ketika diluar amatlah menjolok mata kami yg sekaum dengan anda. fikir2 kan lah.

anwar ibrahim belum kita tahu kesahihan kes liwat nya. tp mengikut common sense, buat ape dia meliwat kalau dia pernah dituduh meliwat dulu.

anda bercakap mengikut hati, bukan akal .

salam