Sunday, August 15, 2010

Mustahil Melayu Bukan Tuan di Malaysia

Kebelakangan ini kita sering mendengar beberapa pihak terutama dari pakatan pembangkang yang mempertikaikan Ketuanan Melayu atau dalam bahasa mudahnya, mereka berpendapat, Melayu bukan Tuan di negara ini.

Dalam hal ini, saya tidak mahu membuang masa untuk bertikam lidah dengan mereka yang menafikan realiti Ketuanan Melayu. Ini kerana, pada saya, kita tidak akan boleh mengubah sejarah, kerana sejarah mempengaruhi kehidupan kita pada hari ini.

Cuba fikirkan,

Jika Melayu bukan Tuan, mengapa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memberi pelbagai keistimewaan kepada bangsa Melayu?

Jika Melayu bukan Tuan, mengapa Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjadikan Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia sebelum ini disebut sebagai Bahasa Melayu) sebagai bahasa kebangsaan?

Jika Melayu bukan Tuan, mengapa Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan hanya menerangkan maksud Melayu secara mendalam?

Jika Melayu bukan Tuan, mengapa perkataan 'Melayu' beberapa kali disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan sedangkan perkataan Cina ataupun India tidak langsung terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kadang-kadang saya hairan, mengapa perlu Perlembagaan Persekutuan meletakkan perkara berkaitan pemberian kewarnegaraan seperti yang tertulis di dalam Perkara 14?

Pembaca sekalian nilai lah sendiri. Apakah Melayu sebenarnya adalah Tuan di negara ini?

Tuesday, June 1, 2010

Bersatulah Dunia

Tindakan kejam rejim Zionis bukanlah sesuatu perkara baru kepada dunia.Sebelum inipun, banyak keganasan yang dilakukan mereka terutama sekali terhadap rakyat Palestin.

Namun, yang menghairankan, negara kuasa besar dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) seolah-olah membisu atau langsung tidak mengambil sebarang tindakan dalam memberi hukuman kepada Israel.

Mengapa ini terjadi? Mungkin benar kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir yang mengatakan, "the jews rule the world by proxy".

Mana tidaknya, mereka kaya dan berduit serta mampu menanggung kos kempen pemilihan presiden di Amerika Syarikat (AS). Sebab itu, walau silih berganti pemimpin yang memegang jawatan presiden AS sekalipun, mereka tetap membisu dan "menghalalkan" apa sahaja yang dilakukan oleh rejim itu.

Ketika Obama mula-mula memenangi pemilihan Presiden satu ketika dahulu, masyarakat dunia nampak bersemangat serta gembira dengan kemenangannya itu.

Pada mereka, sebagai orang kulit hitam pertama menjadi presiden AS, ia dilihat sebagai satu permulaan kepada pembaharuan dasar-dasar pentadbiran kerajaan mereka.

Bagaimanapun, benarlah kata orang tua-tua, baik atau jahatnya seseorang itu tidak boleh diukur melalui bangsanya, agamanya mahupun warna kulitnya. Tetapi, semuanya adalah kerana diri sendiri.

Untuk itu, umat Islam dunia yang sebelum ini berfantasi bahawa Obama mampu membawa kemenangan kepada mereka, kini perlu bersatu.

Obama ternyata gagal membawa pembaharuan kepada keamanan dunia. Jadi, hanya kita sebagai umat Islam sahaja yang mampu menjamin keamanan kepada saudara Islam kita di Iraq, Afghanistan, Palestin dan lain-lain.

Caranya hanya satu. Iaitu kita semua perlu bersatu menetang keganasan yang sewenang-wenangnya dilakukan di dunia ini.

Saya yakin warga Malaysia dari pelbagai agama juga turut sama dengan rakan beragama Islam mereka dalam menentang keganasan.

Lupakan fahaman politik. Mari bersatu menentang keganasan rejim Zionis yang turut menyebabkan nasib beberapa aktivis Malaysia dan dua petugas Astro Awani masih menjadi tanda tanya.

Mari kita sama-sama berdoa kepada Allah agar mereka dilindungi dan niat suci mereka dirahmati olehNya.

Wednesday, February 3, 2010

Lantik Senator Dari Shah Alam

Sejak pilihanraya umum Mac 2008 lalu, ramai menganggap pengundi di Malaysia semakin matang dalam memilih pemimpin.

Ini berikutan kegagalan pemimpim Barisan Nasional (BN) ketika itu memberi keyakinan kepada rakyat.

Akibatnya, lima negeri (kini empat) tumbang ke tangan Pakatan Rakyat (PR) yang turut menganggap cara mereka yang kononnya mengamalkan pentadbiran bebas tanpa rasuah mendapat sokongan daripada rakyat negara ini.

Malangnya, rakyat Malaysia yang dikatakan bijak (termasuk saya) sebenarnya masih banyak yang perlu dipelajari.

Mana tidaknya, undian kebanyakan rakyat yang diberi kepada PR nyata merupakan satu tindakan yang salah.

Hari demi hari PR yang memerintah beberapa negeri itu sebenarnya lebih teruk dari BN, lebih rasuah dari BN malah lebih jijik dari BN kerana mereka bukan sahaja memperjuangkan kebebasan itu dan ini, tetapi pemimpin mereka juga turut sedang dibicarakan atas kesalahan jenayah seksual luar tabii !

Mereka juga kini sudah berani mempersoalkan hak keistimewaan orang melayu malah status Islam sebagai agama rasmi turut dipersoalkan.

Wakil rakyat mereka yang berbagsa Melayu pula seolah-olah takut serta 'segan' hendak menepis tuntutan demi tuntutan yang dilakukan oleh 'rakan-rakan' politik mereka.

Biarlah masalah serta 'kesengsaraan' yang dihadapi oleh penduduk yang kawasannya ditadbir pembagkabg diselesaikan sendiri oleh mereka.

Namun, saya berpendapat rintihan panduduk Shah Alam yang dianggap sebagai mercu tanda kemajuan orang Melayu harus mendapat perhatian kerajaan pusat.

Malangnya, Ahli Parlimen yang dilantik, iaitu YB Khalid Samad gagal menjadi pemimpin kepada orang Melayu di kawasannya.

Bayangkan, sejurus selepas memenangi pilihan raya ke-12 lalu, beliau terus sahaja berucap di dalam sebuah gereja atas alasan ingin berteima kasih kepada penganut Kristian yang mengundinya di Shah Alam.

Walhal, semua orang tahu bahawa di Shah Alam, majoritinya penduduknya adalah melayu, maka yang menetukan kemenangan Khalid Samad adalah Melayu, mengapa pula beliau harus beria-ia ucap terima kasih kepada panganut Kristian? Ucaplah terima kasih kepada semua orang melayu di Shah Alam terlebih dahulu !

Selain itu, Khalid Samad juga bolehlah dianggap sebagai YB yang yang menjadi popular hanya dalan sekelip mata.

Bagaimanapun, ini bukanlah kerana beliau disukai oleh penduduk Shah Alam, tetapi ia disebabkan kenyataan-kenyataan kontroversi YB Khalid terhadap isu semasa.

Beliau lebih gemar menjaga hati 'rakan-rakannya' dari bangsa lain dan baginya hati orang Melayu yang majoritinya umat Islam tidak perlu dijaga.

Contohnya, apabila oran Melayu di Shah Alam marah terhadap pembinaan kuil yang berhampiran kawasan mereka, YB Khalid dan konco-konconya dengan angkuh menyalahkan orang Melayu yang dianggapnya tidak pandai bertolak-ansur ! (Sedangkan Melayulah yang paling kerap bertolak-ansur dengan bangsa lai).

Mujurlah di Shah Alam, mereka mempunyai seorang Ketua UMNO Bahagian yang prihatin terhadap penduduk di kawasannya.

Walaupun tewas ketika bertanding jawatan ADUN Kota Anggerik, namun, Datuk Nawawi M. Zin tidak pernah jemu dan penat menjaga kebajikan penduduk yang majoritinya orang Melayu dikawasannya.

Pelbagai aktiviti, yang dianjurkan oleh beliau hanya untuk meraih 'simpati' daripada kerajaan pusat agar mendengar rintihan orang Melayu di Shah Alam.

Aktiviti 'pemimpin bersama rakyat' kerap dianjurkan dengan menjemput pemimpin kanan kerajaan pusat ke Shah Alam termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada penduduk Shah Alam meyuarakan isi hati mereka, sekali gus suara itu dapat sampai melalui saluran yang sepatutnya.

Bayangkan, jika Shah Alam tidak lagi mempunyai pemimpin hebat seperti Datuk Nawawi, siapa lagi yang mahu berjuang untuk penduduk Shah Alam yang majoritinya adalah profesional Melayu dan Islam.

Sebab itu saya cadangkan, jika kepimpinan UMNO dan BN yang memerintah kerajaan pusat prihatin dengan masalah rakyat, saya cadangkan agar melantik Datuk Nawawi sebagai Senator.

Ini bertujuan agar suara penduduk Shah Alam dapat terus dibawa ke dalam dewan negara.

Ini ada disebabkan,suara mereka yang sepatutnya dibawa ke dalam dewan rakyat oleh Ahli Parlimennya tidak lagi berlaku hanya kerana sikap pentingkan diri pemimpinnya.

Sebaliknya, Datuk Nawawi pula yang bersusah-payah membantu agar suara penduduk Shah Alam didengari dengan cara menjemput pemimpin pusat ke ibu negeri itu.

Justeru, disebabkan Khalid Samad telah GAGAL memimpin Shah Alam, sebab itulah saya cadangkan agar Datuk Nawawi yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam dilantik ke jawatan Senator.

Saya ikhlas menyuarakan pendapat, hanya untuk masa depan negara.

Itupun kalau kerajaan pusat berminat.