Tuesday, July 29, 2008

Antara Mercedes, Rakyat dan......

Mutakhir ini, kalut kita baca atau dengar tentang isu pembelian kereta Mercedes E-Class oleh kerajaan Terengganu, untuk kegunaan ahli Exco mereka. Apa lagi, yang jaguh-jaguh politik di kedai kopi pun sibuk menceritakan pendapat-pendapat mereka tentang isu ini, sehingga bercawan-cawan kopi habis di minum, semata-mata membincangkan isu ini.

Maka, yang untung nya, pemilik kedai kopi berkenaan. Mana tidak nya, segelas kopi kalau di Seremban pun harga nya RM1.20, didarabkan dengan 5 cawan bersamaan dengan rm 6.00. Membazir betul kita habis kan duit kita untuk perkara-perkara begini. Kan kerajaan suruh jimat, kenapa nak habis kan sampai RM 6.00 hanya untuk minum kopi. Dengar la sikit nasihat kerajaan. Lepas ni jangan buat lagi ok?

Kita sebagai rakyat jangan sibuk sangat, itu urusan mereka, kalau kita sibuk cakap pasal ni, satu kerja pun tak boleh buat. Kalau kita rasa Proton tak bagus, jangan beli Proton, kita ada pilihan lah.

Persoalan nya, betul ke servis kereta Proton mahal sampai macam tu sekali? Kalau betul kenyataan MB Terengganu, makna nya memang tak berbaloi lah. Selama saya menggunakan kereta Proton Satria ni, setahun hanya RM120 je perbelanjaan servis. Takkan harga servis V6 jatuh berpuluh kali ganda mahal nya berbanding Satria kot. Pelik jugak la.

Kesian Proton, dulu pemimpin UMNO yang meng-agong-agong kan kereta buatan tempatan ini. Sekarang ni, pemimpin UMNO sendiri seolah-olah menghina Proton di khalayak ramai. Macam membuka pekung di dada pulak. Dulu Tengku Mahaleel jaga Proton lagi bagus. Tak pernah pun timbul isu kereta Proton tidak berkualiti. Tapi, biasa la orang melayu ni, sanggup berperasaan dengki sehingga Tengku Mahaleel di sisih kan dari Proton. Alasan mereka Tengku Mahaleel tidak tahu pasal Business mahupun automatif, beliau hanya seorang lulusan Ijazah Sejarah je. Apabila beliau di sisihkan dari Proton, sekarang ni, seolah-olah Proton akan lingkup dan hanya melalui sejarah sahaja kita dapat kenal kewujudan kereta Proton ini. Jika itu terjadi, saya yakin, 'pakar sejarah' akan di panggil semula dalam Proton untuk mengkaji 'sejarah' yang lama.

Berapa banyak duit habis? Entah la, saya ni pelajar undang-undang, kiraan nombor memang saya tak pandai. Bila Dato' MB mengeluarkan 'figure', memang saya malas nak tengok. Sebabnya, saya tidak suka nombor. Tapi yang pasti jumlah nya banyak. Jutaan Ringgit Malaysia ! Mana kerajaan dapat duit? Duit rakyat yang bayar cukai la agak nya. Yang pasti, baik kereta Proton Perdana V6 mahupun Mercedes E-Class, kedua-dua nya memerlukan jumlah duit yang amat besar nilai nya. Kesian rakyat, nak minum kopi pun kena buat pengiraan banyak kali macam saya.

Pada saya, biarlah duit tu di belanjakan dengan berhati-hati. Jangan terlalu boros, jika kerajaan ada duit lebih kami tak larang. Apa lah salah nya Pemimpin kami menggunakan kereta yang selesa sikit, sebab mereka ni dah penat berjuang untuk kita. Tetapi, pemimpin pun perlulah membayar kepercayaan rakyat ini dengan penuh keikhlasan. Jangan la kita harap kan pagar, pagar makan padi.

Akhir sekali, saya berharap duit yang kerajaan Terengganu gunakan itu, tidak memberi sebarang kesan yang mendalam kepada rakyat. Kalau ada lebih, gunalah ! Kami tak marah. Tapi kalau nak berbelanja kena dahulu kan perkara-perkara penting dulu. Saya nasihat kan kepada semua pemimpin di Malaysia secara am nya dan pemimpin terengganu secara khas nya. Fikirlah yang mana penting, Mercedes, Rakyat atau.......



 

Thursday, July 24, 2008

Malaysia oh Tanah Air Ku...

Sudah beberapa hari saya tidak mengemas kini blog saya. Ramai juga sahabat-sahabat saya yang menggesa saya mengemas kini blog saya. Namun, baru hari ini saya dapat menulis kerana terlalu sibuk dengan kerja-kerja di kampus.

Semenjak beberapa hari yang lepas, walaupun sibuk menyiapkan assignment dan kerja-kerja untuk Persatuan pelajar saya di Universiti, sempat juga saya mencuri masa untuk mengambil tahu tentang isu-isu semasa. Maklumlah, sehari dua ini, ada saja cerita baru yang terpampang di dada-dada akhbar.

Pada 16/Jun yang lepas, saya telah dijemput oleh salah seorang Ahli Parlimen untuk menjadi tetamu beliau di Dewan Parlimen. Kerana agak segan dengan jemputan tersebut, saya meminta jasa baik dari Ahli Parlimen berkenaan untuk membenarkan saya membawa sahabat-sahabat yang lain. Hanya 5 orang sahaja yang beliau benarkan. Tak apalah, asalkan ada teman. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menemani saya pada hari tersebut. (Irna, Muaz, Fuad dan Azmir).

Alhamdulillah, dapat juga saya sampai kan keprihatinan mahasiswa dan mahasiswi kepada setiap Ahli Parlimen yang saya temui. Saya juga gembira apabila setiap Ahli Parlimen yang saya jumpa bersetuju bahawa betapa penting nya suara anak muda di dalam menjana idea dan pendapat dalam mengukuhkan lagi kekuatan pentadbiran kerajaan. Malah, mereka mengakui, bahawa orang muda ni susah nak jumpa. Bukan nya tak mahu dengar, tapi tiada saluran. Nah ! kami datang dengan pelbagai kritikan dan pendapat yang kami kongsi dengan mereka.

Selain cerita saya di Parlimen, saya ingin berkongsi pengalaman dengan saudara dan saudari pembaca, pengalaman saya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam di Kuala Lumpur. Pada Sabtu lepas, saya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah ibu saya di Seremban dengan menaiki bas. Sekadar untuk merasa keberkesanan sistem ini.

Alhamdulillah, semasa pulang saya boleh katakan perjalanan nya mudah dan selesa. Dari Shah Alam ke Seremban hanya mengambil masa 2 jam sahaja, berbaloi dengan kos yang lebih murah berbanding kereta yang memerlukan kos lebih kurang RM35 sehala, kos dengan pengangkutan awam hanya RM8.20 sehala. Menjimat kan kos sebanyak 4 kali ganda !

Keesokan harinya, untuk pulang ke Shah Alam dari Seremban, saya sekali lagi menggunakan pengangkutan awam. Menaiki Bas dari Seremban ke Central Market. Setibanya saya di Central Market, saya terus ke perhentian Rapid KL yang terletak di kawasan berhampiran. MasyaAllah ! Rasa macam berada di Bangladesh atau Indonesia pulak ! Sudah lah kaki lima nya kotor, busuk pulak tu. Ramai sungguh umat di manusia di situ. Macam ulat ! Tapi semua nya warga asing !

Saya tidak kisah dengan kebanjiran warga asing di situ, mereka pun manusia jugak, tak apa lah. Apa yang memeranjat kan saya adalah , apabila pekerja Rapid KL dengan bersenjatakan rotan yang tebal, meghentak dan memukul warga asing (yang juga pengguna Rapid KL) ini supaya beratur ketika menaiki bas. Teruk ! Macam anjing di buat nya warga asing ini. Kesian diaorang, sekali sekala mahu keluar berhibur, diperlakukan macam anjing pulak. Mana pergi nya kredibiliti pekerja Rapid KL ini? Saya sangat malu apabila dalam kekalutan pekerja Rapid KL memukul warga asing tersebut, berduyun-duyun Mat Salleh mengambil gambar adengan pukul-memukul itu sebagai 'kenangan' untuk di bawa pulang ke negara asal mereka. Apakah persepsi mereka terhadap negara kita agak nya? SAYA SANGAT MALU DENGAN TINDAKAN BODOH PEKERJA RAPID KL INI !

Kemudahan bas Rapid KL memang 'tip-top' ! Namun, sikap pekerja mereka yang angkuh menyebabkan saya tidak boleh memberi pujian kepada Rapid KL. Persoalan nya, mengapa Rapid KL tidak mengajar perkerja mereka supaya bersopan? Tidak hantar latihan atau kursus ker? Takkan la sebab nak jimat kan kos, Rapid KL sanggup meggadai nama baik Malaysia?

Di akhir kata, saya ingin menasihat kan para pembaca, supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan nama baik negara kita. Ingat lah, jangan kita jadi macam pekerja Rapid KL ini, lebih baik kita buat sesuatu untuk memastikan negara kita berjaya mengecapi WAWASAN 2020. Semoga ALLAH SWT akan melindungi negara kita dari segala bencana alam dan segala bencana buatan manusia. Amin......


Perhatikan dengan teliti, lelaki berjaket biru itu adalah perkerja Rapid KL. Lihat lah senjata di tangan beliau !


Beginilah keadaan di salah sebuah tempat menunggu bas di Central Market


Keadaan bas Rapid KL di waktu malam yang sangat bersih dan selesa. Malang nya, sikap pekerja Rapid KL yang kurang ajar menyebabkan saya tidak akan menaiki bas lagi !


P/S: Gambar-gambar ini di ambil sendiri oleh saya dengan menggunakan Kamera Talifon Bimbit saya. Untuk dijadikan sebagai bukti.

Wednesday, July 16, 2008

Di Mana MBSA Bila Rakyat Memerlukan Khidmat Mereka?

Setiap hari saya lalu di simpang seksyen 13 Shah Alam (kerana kampus universiti saya terletak dikawasan tersebut) menuju ke Giant Supermarket dan Apartment Perdana. Sudah sebulan lebih saya mengesan bangkai anjing di persimpangan yang sibuk itu.

Namun, hingga hari ini, bangkai itu masih barada di tempat pertama kali ianya di temui. Sampai dah tinggal rangka je sekarang ni. Persoalan saya, mengapa MBSA tidak mengalihkan bangkai tersebut? Nak harapkan masyarakat Malaysia, jangan haraplah. Ikutkan, saya nak je alihkan bangkai tersebut, namun, kerana naive dalam hukum-hukum Islam, saya menjadi ragu-ragu.

Mana pergi Ahli Majlis MBSA? Tak logik langsung kalau tidak ada seorang pun yang lalu di kawasan tersebut, kerana jalan itu jalan utama ! Kalau Ahli Majlis tak nampak, mana perginya pekerja-pekerja MBSA? Kalau zaman pemerintahan kerajaan BN dulu, saya sangat sanjung dengan MBSA ini. Kerana susah sangat kita nampak sampah. Sekarang di bawah PKR, bukan sahaja sampah, jalan pun berlubang-lubang !

Lain kali pilih lah Ahli Majlis yang sayang kan rakyat, bukan nya Ahli Majlis yang hanya mementingkan kepentingan peribadi. Kerajaan PKR perlu belajar dari kerajaan BN dalam cara pemilihan melantik Ahli Majlis. Kerana kerajaan PKR ternyata GAGAL !

Monday, July 14, 2008

Dr. Mahahtir Adalah Pahlawan Melayu Zaman Moden




SAYA MENGUCAPKAN BANYAK-BANYAK TERIMA KASIH KEPADA TUN DENGAN APA YANG TELAH TUN BERIKAN KEPADA NEGARA. WALAUPUN TIDAK SEMUA PERKARA YANG DIRANCANG TELAH BERJAYA DILAKSANAKAN, NAMUN, NEGARA KITA HARI NI GAH KERANAMU TUN.

MAHASISWA SEKALI LAGI MENGUCAPKAN BANYAK-BANYAK TERIMA KASIH KEPADA TUN DR MAHAHTHIR MOHAMMAD !

Wednesday, July 9, 2008

Senyum Kambing Adalah Tukang Karut Politik Malaysia



Tahniah Semyum Kambing ! Dalam rakyat Malaysia risau dengan pergolakan politik, anda 'berdua' telah membuat kami tersenyum macam kambing setiap hari. Kalau anda tidak ada, siapa la yang mampu buat kami senyum?

Mahasiswa Sokong Cadangan Dasar Cuti Khas Untuk Ibadah Haji

Saya agak sibuk semalam dengan timbunan 'assignment' yang perlu saya selesaikan. Kesibukan saya itu menyebabkan saya langsung tidak ada masa untuk membaca surat khabar. Mana tidak nya, kuliah saya bermula dari jam 10pagi hinggalah jam 10malam. Nak menikmati nasi pun tak dan nak kunyah. Main telan jer. Dek kerana mengejar masa.

Namun, hari ini kuliah saya tidak padat. Hanya di sebelah pagi sahaja. Selepas kuliah, seperti biasa, kami semua pelajar undang-undang akan menikmati secawan kopi di Hajar kafe di kampus kami. Seperti kebiasaan, Hajar Cafe adalah tempat kami bersidang. Macam persidangan Parlimen juga la. Beza nya, persidangan kami tidak ada wartawan yang membuat laporan. Biasa la suara mahasiswa tak ada siapa yang nak dengar.

Saya agak ketinggalan dengan topik yang sahabat-sahabat saya bincangkan. Ya lah, mereka bincang tentang isu-isu yang di kupas di dalam akhbar semalam. Di sebabkan tidak membaca, lalu saya menganga mendengar hujah orang. Benar lah kata Pendeta Zaaba, melayu akan ketinggalan jika tidak membaca. Surah pertama yang di turunkan Allah kepada Rasulullah juga membawa maksud BACALAH.

Maka, hari ini saya terus menggunakan teknologi IT, melalui internet saya mencari surat khabar semalam. Mudah betul dengan teknologi ni. Tak ada masa nak baca surat khabar pun tak perlu risau. Ini semua kerana Tun Dr. Mahathir yang menggesa orang Malaysia menguasai dunia IT. Terima Kasih Tun !

Saya sangat tertarik dengan berita yang dilaporkan oleh Bernama. Laporan itu menulis tentang seorang ahli Parlimen yang mencadangkan cuti khas untuk umat Islam yang ingin mengerjakan ibadah haji buat pertama kali. Cadangan ini telah di bangkitkan oleh YB Razali Ibrahim (Ahli Parlimen Muar).

Saya sangat bersetuju dengan cadangan ini kerana umat Islam yang mengerjakan haji perlu lebih fokus dalam mengerjakan ibadah tersebut. Malah mengerjakan haji juga adalah salah satu dari Rukum Islam. Maka saya berpendapat itu adalah hak kepada umat Islam di malaysia ini untuk melaksanakan tuntutan agama mereka. Lagi pun tuntutan Islam hanya mewajibkan umat nya menunaikan haji sekali seumur hidup. Itupun jika mampu. Mudah nya agama Islam ni. tidak langsung menyusahkan umat nya.

Untuk makluman para pembaca, di Malaysia, tidak ada peruntukkan undang-undang yang membenarkan umat Islam di negara kita dibenarkan bercuti untuk menunaikan ibadah berkenaan. Hanya pekerja Kerajaan sahaja yang di benarkan bercuti untuk ibadah tersebut. Kalau pekerja swasta, mereka perlu menggunakan cuti tahun atau cuti sakit mereka. Maka saya bersetuju sangat dengan YB Razali Ibrahim yang menggesa kerajaan meminda Akta Cuti 1955. Ini selaras dengan kedudukan agama Islam di negara kita. Tahniah YB, dalam kesibukan orang politik kita ber'politik', ada juga wakil rakyat (yang terdiri daripada orang politik) yang bijak dan cerdik seperti YB. Biarlah apa pun yang terjadi dengan keadaan politik, kerja tetap kerja ! Sekali tahniah dari saya.

Siapa kah YB Razali ini? Tidak banyak orang mengetahui tentang latar belakang ahli politik ini. Amat malang sekali pemimpin muda yang bijak seperti beliau tidak diperkenalkan kepada para mahasiswa di Malaysia. Untuk makluman sahabat mahasiswa sekalian, YB Razali ini adalah seorang yang sangat prihatin terhadap anak-anak muda terutama mahasiswa di Malaysia. Beliau langsung tidak ada ciri-ciri seperti Datok Azeez Putera UMNO yang meng-agong-agong kan Mat Rampit dan mengetepikan mahasiswa. Kesian mahasiswa ! Masa pelancaran Putera UMNO di Melaka, mahasiswa lah golongan yang paling gembira dengan berita itu. Ingatkan suara mereka akan di dengari, rupanya tidak !

Berbalik kepada cerita latar belakang YB muda ini, setelah bagai nak gila mencari, akhir nya saya jumpa juga latar belakang beliau. Beliau adalah graduan Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia dalam tahun 1994. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pembantu Undang-undang di Messrs. Lee Hishamuddin (Advocates & Solicitors). Beliau pernah juga berkhidmat sebagai Setiausaha sulit kepada Menteri Belia dan Sukan sehingga tahun 2004. Kini selain Ahli Parlimen Muar, beliau juga adalah Ketua Pemuda UMNO Johor dan salah seorang Anggota Surahanjaya Syarikat Malaysia.

Saya sangat berharap yang UMNO akan dapat melahirkan pemimpin muda yang sehebat beliau dengan jumlah yang lebih ramai daripada sekarang. Ini kerana, parti pembangkang telah membuktikan yang mereka langsung tidak takut untuk menamakan calon-calon YB yang muda-muda pada pilihanraya yang lepas. Tetapi UMNO masih membariskan muka-muka lama. Kesian la dekat orang muda ni. Harapan saya untuk UMNO adalah UMNO dapat mendekati orang muda terutama sekali mahasiswa yang mana pihak pembangkang lebih memberi fokus untuk bersama-sama dengan golongan muda. Amat malang jika, generasi yang bijak memimpin jatuh ke tangan pembangkang. Rugi untuk UMNO. Bukan saya mahu melobi untuk diri sendiri ! Tetapi sebab saya sayangkan UMNO.

Akhir sekali, saya harap-harap pada pemilihan UMNO Disember ini, kalau boleh, saya mahu YB Razali memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan YB Dato' Mukhriz menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Kerana apa? Kerana mereka berdua adalah pemimpin yang terbaik untuk menyelamatkan maruah Pemuda UMNO !

Teruskan perjuangan wahai YB Razali dan YB Dato' Mukhriz, kami, mahasiswa menyokong penuh YB berdua dari belakang. Ayuh ! pulihkan UMNO, selamatkan UMNO, kembalikan UMNO ke perjuangan asal mereka !





P/S: Gambar yang dipaparkan adalah gambar pemimpin terulung Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad berserta dengan gambar dua pemimpin terulung masa hadapan negara iaitu YB Dato' Mukhriz Mahathir (gambar pertama yang menunjukkan beliau sedang duduk di sebelah ayahanda beliau) dan YB Razali Ibrahim (gambar kedua).

Tuesday, July 8, 2008

Pakatan Pembangkang Bawa Budaya Liar Dibidas

PUTRAJAYA 7 Julai - Pakatan pembangkang dibidas kerana membawa budaya liar dalam Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat - Protes Sampai Turun yang dijalankannya di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, perhimpunan yang dicemari insiden menunjuk punggung itu tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat.

''Saya tak tahu sama ada mereka nak galakkan budaya tunjuk punggung ini, apa manfaat yang kita peroleh daripadanya.

''Pakatan pembangkang cubalah disiplinkan orang yang mereka ajak ke situ," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat - Protes Sampai Turun membantah kenaikan harga minyak anjuran pakatan pembangkang mencetuskan insiden yang memalukan apabila penyanyi lelaki kumpulan Carburetor Dung, Alak bertindak liar melondehkan seluar di hadapan para peserta perhimpunan itu ketika membuat persembahan di Stadium Kelana Jaya.

Ditanya sama ada Alak yang melondehkan seluarnya akan disiasat, Syed Hamid berkata, polis akan menyiasat setiap tindakan yang didapati bertentangan dengan undang-undang.

''Saya fikir kita tidak boleh rumuskan tindakan (ke atas Alak), tetapi tiada sesiapa yang terkecuali daripada undang-undang.

''Jangan harap bahawa kita boleh bina suasana konspirasi, suasana tidak adil untuk mengecualikan kita daripada undang-undang, semua orang tertakluk kepada undang-undang," katanya.

Beliau turut kesal dengan tindakan pemimpin pakatan pembangkang yang sering melemparkan tuduhan dan tohmahan yang tidak berasas terhadap kerajaan.

''Takkan penasihat PKR atau pakatan pembangkang sahaja boleh buat tuduhan dan tohmahan kepada orang tetapi orang lain buat, (didakwanya sebagai) konspirasi.

''Dia (Anwar) tak nak orang bantah atau tak bersetuju dengannya, saya takut kalau orang macam ini diberi peluang oleh rakyat untuk memimpin negara ini," katanya.

Dalam pada itu, Syed Hamid berkata, beliau tidak pernah melabelkan mana-mana individu termasuk Anwar sebagai spy (pengintip) kepada negara lain.

''Saya tak kata orang lain spy, saya langsung tidak pakai perkataan itu.

''Saya tak tahulah kalau dia nak menganggap dirinya (sebagai spy), saya tak pernah memakai perkataan yang sedemikian," katanya.

Anwar semalam mengeluarkan kenyataan akan mendakwa Syed Hamid kerana cuba melabelkannya sebagai ejen negara asing.


Ihsan Utusan Malaysia

____________________________________________________________________

KOMEN SAYA:

Dalam perhimpunan Ahad lepas jelas pihak penganjur yang terdiri dari pakatan pembangkang gagal mencapai matlamat perhimpunan tersebut untuk memprotes kenaikan harga minyak yang sedang melanda negara.

Sudah lah gagal dengan matlamat nya, isu baru pulak yang timbul semasa perhimpunan tersebut. Isu "Menunjuk Buntut" !

Acara itu saya di fahamkan telah di anjurkan oleh pakatan pembangkang yang mana Parti Kedilan adalah tunjang kepada acara berkenaan. Acara itu bermula sewal jam 10 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengah malam. Apa yang lebih menghairankan, acara itu sepatutnya mengumpul 1juta rakyat Malaysia, namun, dari maklumat dari sebuah blog yang menggelarkan diri mereka "pemuda Bersih", hanya 30 000 orang yang hadir pada acara berkenaan. Makna kata tidak sampai pun 100 000. Nampak sangat orang malas nak layan dengan politik kotor pakatan pembangkang !

Para pembaca sekalian, jangan lah kita percaya sangat dengan orang-prang pembangkang ni. Mereka ini hanya mahukan kuasa, senang cerita mereka ini sebenarnya tamakkan kuasa. Buktinya, tengok lah kerajaan PKR yang memerintah di Selangor, sehingga sekarang manifesto Pilihanraya masih belum dapat di laksanakan. Padan muka, janji macam-macam, ingat kan handal sangat rupanya lagi teruk ! Cakap tak serupa bikin !

Lagi satu, kalau pembaca sekalian perasan, isu yang selalu nya bangkit melibatkan Parti Keailan mesti ada kena mengena dengan buntut. Lihat sajalah Ahad lepas, isu "buntut" lagi yang keluar. Teruk la. Sepanjang 62 tahun UMNO bersama-sama dengan kita, tidak pernah langsung isu buntut ini keluar. Nampak sangat pemimpin Keadilan gila buntut !

Akhir sekali saya akhiri penulisan saya dengan serangkap pantun:

Lim Kit Siang mahu hapuskan monarki,
Nik Aziz pula takut naik nafsu,
Anwar Ibrahim liwat sana liwat sini,
Dr. Mahathir terus memperjuangkan Melayu !

Sunday, July 6, 2008

Adakah UMNO Masih Relevan?

Semenjak Mac 2008, semakin kuat persoalan samada masih relevan kah parti keramat orang melayu iaitu UMNO. Walaupun persoalan ini dibangkitkan sejak awal kemuculan UMNO satu ketika dahulu, namun, persoalan ini ibarat pasang surut nya lautan. Kadanag-kadang ada kadang-kadang tidak. Tetapi semenjak PRU12, semenjak kegagalan UMNO memenangi dua per tiga kerusi di dalam parlimen, persoalan ini di bangkitkan semula.

Saya hairan mengapa orang mahu menyalahkan UMNO ini, walhal pada saya, yang patut dipersalahkan adalah pemimpin UMNO hari ini yang gagal dalam menguruskan parti. Pada saya UMNO adalah satu-satu nya parti yang masih relevan di negara kita kini, kerana perjuangan UMNO memang terbukti sejak dahulu mempertahankan nasib orang melayu dan pada masa yang sama menghormati kaum-kaum lain di Malaysia (Menerusi penggabungan dengan parti-parti MCA dan MIC antaranya).

Namun, UMNO menjadi tidak relevan apabila pucuk pimpinan UMNO ketika ini lebih mementingkan perjuangan peribadi daripada perjuangan untuk rakyat secara menyeluruh (Ini jelas bertentangan dengan perjuangan asal UMNO).

Apa yang harus kita lakukan untuk menyelamatkan UMNO? Kalau tanya pada saya, saya berpendapat UMNO pada hari ini perlu berani untuk menukar kepimpinan mereka.

Sedih apabila pemilihan UMNO yang bakal dijalankan Disember ini, digambarkan seolah-olah Presiden tidak akan mendapat tentangan daripada mana-mana pihak atas alasan beliau mendapat sokongan akar umbi. Mana fakta yang mereka dapat, saya pun kurang pasti.

Hakikatnya, kebanyakan ahli UMNO pada hari ini tidak berapa senang selagi YAB Presiden parti masih memegang jawatan tertinggi di dalam UMNO. Ini kerana Presiden UMNO pada hari ini gagal untuk memimpin parti UMNO dan Barisan NAsional untuk mengulangi kejayaan yang cemerlang dalam pilihanraya yang lepas. Malah gagal juga untuk menyatu-padukan orang melayu.

Kecundang di lima negeri bukanlah satu perkara yang boleh kita pandang remeh. Takkan lah kita hendak tunggu kecundang di semua negeri baru hendak tukar pemimpin? Ahli UMNO perlu berani menyuarakan pendapat mereka kepada Presiden parti. Memang benar, ada juga pemimpin UMNO yang secara terbuka mengkritik kepimpinan Parti, antaranya YB Dato' Mukhriz Tun Mahathir. Namun jumlah pemimpin yang se-berani beliau amat sedikit !

Namun, di sebalik masalah kepimpinan parti UMNO, saya masih percaya bahawa UMNO masih relevan untuk rakyat Malaysia. Ini kerana perjuangan UMNO yang telah terbukti semenjak UMNO memerintah negara hinggalah ke hari ini, UMNO berjaya memartabatkan bangsa melayu hinggakan melayu Malaysia kini terkenal satu dunia. Cuma yang menyebakan kita terkilan adalah UMNO sekarang jatuh di tangan orang yang tidak ikhlas dalam memperjuangkan nasib Agama, Bangsa dan Negara.

Marilah kita bandingkan UMNO dengan parti-parti pembangkang yang utama iaitu PAS, Keadilan dan DAP.

  UMNO
Pada tahun 1946, UMNO berjaya meyakinkan orang melayu untuk bersatu menentang menentang Malayan Union yang diperkenalkan oleh British. Kerana penentangan dari orang melayu yang diketuai oleh pemimpin UMNO itulah menyebabkan British telah menarik balik Malayan Union. Pada 1957, Tengku Adul Rahman yang juga Presiden UMNO ketika itu, telah mengisytiharkan kemerdekaan kepada Tanah Melayu setelah beliau bertungkus lumus meminta kemerdekaan daripada kerajaan British. Alhamdulillah, hari ini sudah hampir 51 tahun kita mengecapi kemerdekaan daripada penjajah. Semuanya kerana UMNO.

 PAS
PAS atau Parti Islam Se-Malaysia adalah serpihan daripada UMNO. Asalnya Pas adalah sbahgian daripada UMNO. Disebabkan tamak kuasa mereka keluar dari UMNO. Hingga hari ini PAS dianggap sebagai punca perpecahan umat Islam di Malaysia. Pernah mengelurakan fatwa bahawa wanita cantik tidak boleh berkerja dan hanya perlu duduk rumah. Baru-baru ini kerajaan Kelantan pimpinan PAS pula mengeluarkan fatwa mengharamkan wanita makai lipstik dan kasut tinggi. Atas alasan ianya boleh menyebabkan lelaki gersang apabila melihat nya. Ini adalah satu perkara yang pada saya menggambar kan Islam itu kolot. Mengajak umat Islam di Malaysia berfikir seperti zaman dahulu kala. Seolah-olah umat Islam di Malaysia adalah bangsa zaman jahiliah.

 KEADILAN
Keadilan juga adalah serpihan daripada UMNO. Ditubuhkan oleh DSAI selepas pemecatan beliau dari jawatan TPM. DSAI dipecat kerana tuduhan salah guna kuasa dan beberapa kesalahan moral. Setelah sepuluh tahun kewujudan nya, DSAI sekali lagi dituduh meliwat Pembantu Khas beliau sendiri. Seperti biasa beliau menafikan nya. DSAI juga adalah orang yang paling suci dan tidak pernah melakukan dosa pada pendapat para penyokong nya. Parti ini lebih telah terbukti lebih mementing kan perjuangan individu tertentu daripada perjuangan rakyat.

 DAP
Sebuah parti yang di tubuhkan oleh PAP(Parti pemerintah di Singapura). Para pemimpin nya sering mempertikaikan hak orang melayu dan raja-raja melayu. Para pemimpin nya sering cakap tak serupa bikin. Sebuah parti yang tidak boleh menerima hakikat Malaysia adalah negara Islam. Para pemimpin mereka juga terkenal di Dewan Rakyat sebagai pemimpin yang sangat racist. Pendek kata, parti ini adalah parti anti-melayu !

Jadi para pembaca sekalian, jika UMNO tidak lagi relevan, adakah parti-parti lain di Malaysia relevan? Fikirkan lah parti mana yang relevan dan parti mana pula yang tidak relevan?

Sama-samalah kita selamat kan UMNO dan kembalikan UMNO ke perjuangan asal.

Saturday, July 5, 2008

Hikayat Anwar Ibrahim Yang Bijak Main Wayang


Sudah beberapa hari kita telah di sajikan dengan berita Dato' Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dituduh meliwat. Sebenarnya saya bukan tidak mahu komen berkenaan isu ini, tetapi saya rasa tidak berbaloi untuk perkara ini di bincangkan. Tetapi, atas desakan sahabat-sahabat saya yang mahukan saya memberi pandangan dalam kes ini, saya akur. Maka terbitlah hikayat Anwar Ibrahim ciptaan beliau sendiri di dalam blog saya.

Anwar Ibrahim, sebuah nama yang sangat besar di dalam negara kita. Di kalangan pengikut-pengikut Anwar Ibrahim, (atau lebih mudah dikenali sebagai DSAI) beliau ini di anggap sebagai dewa. Dewa yang boleh menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat untuk mereka. Apa jua kesalahan DSAI ini, tidak akan dianggap sebagai satu kesalahan. Pendek kata, mereka sanggup menghalalkan perkara yang haram semta-mata kerana ingin menunjukkan kesetian mereka kepada DSAI ini.

Kes liwat membabitkan DSAI ini tidak asing untuk umat Malaysia, pada tahun 1998 dulu pun DSAI pernah di dakwa atas kes luar tabii ini. Tetapi, DSAI ini menafikan, lalu para penyokong mereka pun terpekik-terlolong lah mengatakan pemimpin mereka di aniaya oleh Perdana Menteri ketika itu. Kata mereka, PM ketika itu takut DSAI merampas jawatan PM daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad (TDM).

Semenjak itu, bermula lah episod keluarga DSAI menagih simpati kepada seluruh Malaysia malah seluruh dunia bahawasanya DSAI ini tidak bersalah. Satu dunia mereka pusing, mengutuk dan menghina Malaysia di negara asing, semata-mata kerana ingin menegakkan 'keadilan' untuk pemimpin mereka yang kononya tidak meliwat sesiapa.

Beberapa hari lepas, bekas Pembantu Khas DSAI sendiri membuat laporan polis mengatakan beliau di liwat majikan nya. Ish...jijik la nak cerita. Ada juga orang yang macam ini. Tetapi DSAI pandai, dia pusing cerita kata ini adalah konspirasi politik yang cuba menjatuhkan beliau. Macam la dia ni 'famous' sangat sampai orang nak jatuhkan dia. Orang macam ini adalah orang yang takut dengan bayang-bayang beliau sendiri.

Yang isteri DSAI pulak, punya la menunjukkan gambar si-pelapor yang diambil di pejabat TPM. Katanya, terbukti bekas Pembantu Khas beliau ini ada hubungan dengan orang nombor dua negara. Betul ke? Boleh percaya ke?

Entah-entah, sebenarnya DSAI punya rancangan semua ini.Dia nak bagi rakyat simpati dengan dia, maka dia cipta lah dakwaan ini. Kalau benarlah si Saiful ini perisik untuk UMNO, takkan la pemimpin UMNO bodoh sangat membenarkan si perisik mengambil gambar dengan ,menteri-menteri. Tak FBI la kalau macam tu....

Sudah dua kali tuduhan yang sama dilemparkan kepada DSAI. Kalau tanya saya, secara logik akal saya menerima bahawa DSAI ini seorang peliwat. Takkan la Tan Sri Musa Hassan ada rancangan pulak nak jatuhkan si DSAI ni. Tak logik langsung!

Fikirlah para pembaca sekalian, manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.Walaupun DSAI itu pemimpin, namun, beliau tetap manusia yang terdedah kepada melakukan dosa-dosa. Kepada orang Keadilan, DSAI itu bukan dewa ! Berfikirlah secara matang. Walaubagaimanapun, saya tetap percaya, yang penyokong DSAI ini, akan tetap menyatakan DSAI menjadi mangsa konspirasi politik. Walau apa pun keputusan mahkamah satu hari nanti.

Akhir sekali, pemimpin yang macam mana kita mahukan? Yang selalu buat masalah atau yang selalu berfikir untuk menyenangkan rakyat? Bak kata Juara Raja Lawak, Nabil, LU PIKIR LA SENDIRI.........

Surat Untuk Pak Lah Dari Anak Negeri Sembilan

kepado pak lah... PM paling sey sayang...I lap u
namo sey ni KARIM...pengundi bedaftar DUN CHOMBUNG, PARLIMEN
ROMBAU...alaaaa tompek si KERY yg abah'eh JAMALUDIN tuuu...tak kona'????
menantu PAK LAH tu laaaaa...suko bona' sey ngan dio tu...ghaso nk buek
menantu lak...
sey nulih surat ni bukan apo...sajo yor nk ucap'an timo kasih kek pak lah
sobab naik'an hargo minyak ari tu..
lopeh ini bilo hargo minyak naik..hargo barang lain pun naik gak
laaaa...banggo boto' sey ghaso...mcm duduk kek LAS VEGAS lak...HIDUP PAK
LAH!!!!!!!
sey janji ngan pak lah yg sey akan ubah tebiat sey dari makan ikan kombung
yg dah merah menyalo mato'eh & pocah bedorai porut ikan tu pado ikan koring
yor...
sey sanggup bekoban untuk UMNO dan bn..
anak sey yg 7 org tu yg dh buleh buek team futsal tu boleh la bekojo lopeh
sekolah buek bantu mak ayah diorang ni haaa...kok tk bekojo pun buleh la
jadi mat rompit kek SENAWANG tu...dapek gak la duit sesikit...buleh gak la
menoruskan tradisi keluargo sey ni yg nyokong UMNO dan bn
ghaso2 sey ni nk ubahsuai bilik bilik yg ado kek ghumah sey...nk buek
tompek bolo ikan & tanam sayur cagho hidroponik (apo binchek'eh ni???) sey
tepakso tanam kek dalam bilik sobab sey tingga' kek umah flat...
rebet yg pak lah bagi kek sey memang melampuh2 lobeh'eh dari keperluan
sey..
bilo sey congak2.. sey cumo guno 20 sen yor duit minyak moto sehari.. ado
la untung 21 sen...bak kato si SAIDA AF6 "ok la tuuuu"
sey tak pakai pon keto... sobab bilo minyak naik hargo.. sey kono jual
datsun kotak mancis sey tu.. dapek gak la duit...tokih2 pun ado la
hasil'eh..
team futsal sey tu, sey nak suruh eksesais hari2 berjalan kaki tak pun
naik beska' poie sekolah...ado la 5 km...dokek yor tuuuuu...
walaupon gaji sey ni rm 1000..sbona'eh terlobih cukup untuk keluargo sey...

buek permulaan nk ngubah kehidupan sey..
sey tak akan guno'an gulo bilo buek kopi... tak akan guno'an topung untuk
buek kodok
sey nak ganti'an bogheh ngan ubi... tiap hari sey ngan keluargo akan
berposo (kecuali pado hari hari yg dilarang beposo)
sey akan buek minyak masak sendiri
itu antaro caro sey ngubah caro hidup..
ade banyak laie caro
semuo kerano UMNO dan bn...
dan sey mintak bona' pak lah naik'an laie hargo minyak yg ado..
bukan tu yorrr.. sey mintak bona' naik'an laie hargo tol sobab org sbolah
rumah sey nih org pembangkang...dio slalu guno highway, biar padan muko
dio...tu la...suko bona' nyokong pembangkang...PAKATAN RAKYAT konon...palo
hayah dio tu...
nnt pak lah buleh la melawat sey dan sedokah pado sey solai kain pelikat
bilo dh nak dokek2 pilihanraya nanti...
insyaallah kain pelikat tu sey nk bubuh dlm frame dahtu gantung kek rumah..
tapi jangan lupo lak.. pak lah sain otogeraf yor kek kain tu....
jgn lupo pak lah.. naik'an laie hargo minyak..
jgn la diturun'an gaji mentori2 tuuu..siannn diorang...kang apo lak anak
bini'eh nk mentodarah...
sey totap nyokong pak lah..
akhir kato biar pak lah sonang, janji kami papo kedano.. hidup UMNO, hidup
bn..
sekian timo kasih..
ps/ sampai'an salam sey kek si KERY samo PATRICK BADAWI tu yor..tak lupo
gak tuan punyo syarikat SCOMI...sapo tah namo'eh...lupo lak...

pocah kaco, pocah golas,
sudah baco, harap baleh.




P/S: SURAT INI DIAMBIL DARI SALAH SEORANG YANG MELONTARKAN KOMEN BELIAU DI DALAM BLOG TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD.

Youth For Change