Tuesday, June 1, 2010

Bersatulah Dunia

Tindakan kejam rejim Zionis bukanlah sesuatu perkara baru kepada dunia.Sebelum inipun, banyak keganasan yang dilakukan mereka terutama sekali terhadap rakyat Palestin.

Namun, yang menghairankan, negara kuasa besar dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) seolah-olah membisu atau langsung tidak mengambil sebarang tindakan dalam memberi hukuman kepada Israel.

Mengapa ini terjadi? Mungkin benar kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir yang mengatakan, "the jews rule the world by proxy".

Mana tidaknya, mereka kaya dan berduit serta mampu menanggung kos kempen pemilihan presiden di Amerika Syarikat (AS). Sebab itu, walau silih berganti pemimpin yang memegang jawatan presiden AS sekalipun, mereka tetap membisu dan "menghalalkan" apa sahaja yang dilakukan oleh rejim itu.

Ketika Obama mula-mula memenangi pemilihan Presiden satu ketika dahulu, masyarakat dunia nampak bersemangat serta gembira dengan kemenangannya itu.

Pada mereka, sebagai orang kulit hitam pertama menjadi presiden AS, ia dilihat sebagai satu permulaan kepada pembaharuan dasar-dasar pentadbiran kerajaan mereka.

Bagaimanapun, benarlah kata orang tua-tua, baik atau jahatnya seseorang itu tidak boleh diukur melalui bangsanya, agamanya mahupun warna kulitnya. Tetapi, semuanya adalah kerana diri sendiri.

Untuk itu, umat Islam dunia yang sebelum ini berfantasi bahawa Obama mampu membawa kemenangan kepada mereka, kini perlu bersatu.

Obama ternyata gagal membawa pembaharuan kepada keamanan dunia. Jadi, hanya kita sebagai umat Islam sahaja yang mampu menjamin keamanan kepada saudara Islam kita di Iraq, Afghanistan, Palestin dan lain-lain.

Caranya hanya satu. Iaitu kita semua perlu bersatu menetang keganasan yang sewenang-wenangnya dilakukan di dunia ini.

Saya yakin warga Malaysia dari pelbagai agama juga turut sama dengan rakan beragama Islam mereka dalam menentang keganasan.

Lupakan fahaman politik. Mari bersatu menentang keganasan rejim Zionis yang turut menyebabkan nasib beberapa aktivis Malaysia dan dua petugas Astro Awani masih menjadi tanda tanya.

Mari kita sama-sama berdoa kepada Allah agar mereka dilindungi dan niat suci mereka dirahmati olehNya.