Wednesday, July 9, 2008

Mahasiswa Sokong Cadangan Dasar Cuti Khas Untuk Ibadah Haji

Saya agak sibuk semalam dengan timbunan 'assignment' yang perlu saya selesaikan. Kesibukan saya itu menyebabkan saya langsung tidak ada masa untuk membaca surat khabar. Mana tidak nya, kuliah saya bermula dari jam 10pagi hinggalah jam 10malam. Nak menikmati nasi pun tak dan nak kunyah. Main telan jer. Dek kerana mengejar masa.

Namun, hari ini kuliah saya tidak padat. Hanya di sebelah pagi sahaja. Selepas kuliah, seperti biasa, kami semua pelajar undang-undang akan menikmati secawan kopi di Hajar kafe di kampus kami. Seperti kebiasaan, Hajar Cafe adalah tempat kami bersidang. Macam persidangan Parlimen juga la. Beza nya, persidangan kami tidak ada wartawan yang membuat laporan. Biasa la suara mahasiswa tak ada siapa yang nak dengar.

Saya agak ketinggalan dengan topik yang sahabat-sahabat saya bincangkan. Ya lah, mereka bincang tentang isu-isu yang di kupas di dalam akhbar semalam. Di sebabkan tidak membaca, lalu saya menganga mendengar hujah orang. Benar lah kata Pendeta Zaaba, melayu akan ketinggalan jika tidak membaca. Surah pertama yang di turunkan Allah kepada Rasulullah juga membawa maksud BACALAH.

Maka, hari ini saya terus menggunakan teknologi IT, melalui internet saya mencari surat khabar semalam. Mudah betul dengan teknologi ni. Tak ada masa nak baca surat khabar pun tak perlu risau. Ini semua kerana Tun Dr. Mahathir yang menggesa orang Malaysia menguasai dunia IT. Terima Kasih Tun !

Saya sangat tertarik dengan berita yang dilaporkan oleh Bernama. Laporan itu menulis tentang seorang ahli Parlimen yang mencadangkan cuti khas untuk umat Islam yang ingin mengerjakan ibadah haji buat pertama kali. Cadangan ini telah di bangkitkan oleh YB Razali Ibrahim (Ahli Parlimen Muar).

Saya sangat bersetuju dengan cadangan ini kerana umat Islam yang mengerjakan haji perlu lebih fokus dalam mengerjakan ibadah tersebut. Malah mengerjakan haji juga adalah salah satu dari Rukum Islam. Maka saya berpendapat itu adalah hak kepada umat Islam di malaysia ini untuk melaksanakan tuntutan agama mereka. Lagi pun tuntutan Islam hanya mewajibkan umat nya menunaikan haji sekali seumur hidup. Itupun jika mampu. Mudah nya agama Islam ni. tidak langsung menyusahkan umat nya.

Untuk makluman para pembaca, di Malaysia, tidak ada peruntukkan undang-undang yang membenarkan umat Islam di negara kita dibenarkan bercuti untuk menunaikan ibadah berkenaan. Hanya pekerja Kerajaan sahaja yang di benarkan bercuti untuk ibadah tersebut. Kalau pekerja swasta, mereka perlu menggunakan cuti tahun atau cuti sakit mereka. Maka saya bersetuju sangat dengan YB Razali Ibrahim yang menggesa kerajaan meminda Akta Cuti 1955. Ini selaras dengan kedudukan agama Islam di negara kita. Tahniah YB, dalam kesibukan orang politik kita ber'politik', ada juga wakil rakyat (yang terdiri daripada orang politik) yang bijak dan cerdik seperti YB. Biarlah apa pun yang terjadi dengan keadaan politik, kerja tetap kerja ! Sekali tahniah dari saya.

Siapa kah YB Razali ini? Tidak banyak orang mengetahui tentang latar belakang ahli politik ini. Amat malang sekali pemimpin muda yang bijak seperti beliau tidak diperkenalkan kepada para mahasiswa di Malaysia. Untuk makluman sahabat mahasiswa sekalian, YB Razali ini adalah seorang yang sangat prihatin terhadap anak-anak muda terutama mahasiswa di Malaysia. Beliau langsung tidak ada ciri-ciri seperti Datok Azeez Putera UMNO yang meng-agong-agong kan Mat Rampit dan mengetepikan mahasiswa. Kesian mahasiswa ! Masa pelancaran Putera UMNO di Melaka, mahasiswa lah golongan yang paling gembira dengan berita itu. Ingatkan suara mereka akan di dengari, rupanya tidak !

Berbalik kepada cerita latar belakang YB muda ini, setelah bagai nak gila mencari, akhir nya saya jumpa juga latar belakang beliau. Beliau adalah graduan Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia dalam tahun 1994. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pembantu Undang-undang di Messrs. Lee Hishamuddin (Advocates & Solicitors). Beliau pernah juga berkhidmat sebagai Setiausaha sulit kepada Menteri Belia dan Sukan sehingga tahun 2004. Kini selain Ahli Parlimen Muar, beliau juga adalah Ketua Pemuda UMNO Johor dan salah seorang Anggota Surahanjaya Syarikat Malaysia.

Saya sangat berharap yang UMNO akan dapat melahirkan pemimpin muda yang sehebat beliau dengan jumlah yang lebih ramai daripada sekarang. Ini kerana, parti pembangkang telah membuktikan yang mereka langsung tidak takut untuk menamakan calon-calon YB yang muda-muda pada pilihanraya yang lepas. Tetapi UMNO masih membariskan muka-muka lama. Kesian la dekat orang muda ni. Harapan saya untuk UMNO adalah UMNO dapat mendekati orang muda terutama sekali mahasiswa yang mana pihak pembangkang lebih memberi fokus untuk bersama-sama dengan golongan muda. Amat malang jika, generasi yang bijak memimpin jatuh ke tangan pembangkang. Rugi untuk UMNO. Bukan saya mahu melobi untuk diri sendiri ! Tetapi sebab saya sayangkan UMNO.

Akhir sekali, saya harap-harap pada pemilihan UMNO Disember ini, kalau boleh, saya mahu YB Razali memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan YB Dato' Mukhriz menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Kerana apa? Kerana mereka berdua adalah pemimpin yang terbaik untuk menyelamatkan maruah Pemuda UMNO !

Teruskan perjuangan wahai YB Razali dan YB Dato' Mukhriz, kami, mahasiswa menyokong penuh YB berdua dari belakang. Ayuh ! pulihkan UMNO, selamatkan UMNO, kembalikan UMNO ke perjuangan asal mereka !





P/S: Gambar yang dipaparkan adalah gambar pemimpin terulung Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad berserta dengan gambar dua pemimpin terulung masa hadapan negara iaitu YB Dato' Mukhriz Mahathir (gambar pertama yang menunjukkan beliau sedang duduk di sebelah ayahanda beliau) dan YB Razali Ibrahim (gambar kedua).

3 comments:

Anonymous said...

saya suka dengan penulisan hang lekuk. teruskan perjuangan anda untuk mahasiswa. harap-harap hang lekuk dapat menjadi pemimpin untuk mahasiswa di malaysia dalam merubah persepsi masyarakat kepada kita.

Anonymous said...

syabas! mahasiswa tidak lagi kelu!

Anonymous said...

adik, sy tidak dpt sangkalkan 2 gambar dibwh itu. 2 pemimpin yg sy rasa sy jg kongsi pendpt bahawa akan membawa perubahan dan kemajuan yg lebih lg kpd malaysia =)