Sunday, April 27, 2008

Merdekakan Ilmu Dari Jajahan Undang-Undang !

Bagi pekerja-pekerja di Malaysia, baik yang profesional mahupun tidak profesional, hari ahad adalah hari rehat mereka. Namun, tidak bagi kebanyakan mahasiswa. Hari Ahad adalah hari untuk mereka menyiapkan semua 'assignment' ataupun 'tutorial' yang diberi pensyarah untuk mereka. Mungkin akan ada yang tertanya-tanya, kalau Ahad adalah hari membuat 'assignment' mengapa saya sibuk pulak menulis blog? Sebenarnya saya sedang mencari sumber-sumber untuk 'assignment' saya di dalam internet.

Sebagai pelajar undang-undang, kebiasaanya, sumber yang dicari internet adalah kes-kes terdahulu yang telah di putuskan mahkamah. Ini adalah untuk rujukan kami untuk
mengaplikasikan undang-undang sedia ada. Mungkin kerana terlalu penat berada di depan
komputer, menyebabkan saya cepat bosan lalu menyebabkan saya merayau-rayau dalam
internet.

Kerana itu lah, blog saya nampak cantik dengan warna biru yang menenangkan ini. Saya
mungkin terkenal dikalangan sahabat-sahabat saya sebagai seorang yang dikatakan buta I.T, namun, saya terus belajar untuk mempertingkatkan ilmu I.T saya.

Mungkin ilmu I.T yang saya dapat hari ini tidaklah berapa hebat seperti mana kawan-kawan saya yang lain, namun, saya akan terus mencari ! Nabi S.A.W pun pernah menasihati umatnya, " Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China". Dengan nasihat Baginda itulah, menyebabkan saya terus kuat untuk menuntut ilmu, walaupun, pada usia sebegini, sepatutnya saya sudah bekerja !

Menuntut ilmu bukan sekadar menuntut ilmu yang ada di dalam buku. Kata Y.Bhg Dato' Dr. Fadhilah Kamsah, ilmu ada di sekeliling kita, cuma kita sedar atau tidak tentang kewujudan ilmu ini. Memetik kata-kata pakar motivasi ini, saya berpendapat, untuk menuntut ilmu, kita tidak sepatutnya diberi kongkongan ! Namun, senario di negara kita agak berbeza dengan apa yang dipraktikkan di negara lain. Mahasiswa di kongkong dengan dengan peraturan-peraturan yang termaktub di dalam Akta Unversiti dan Kolej Univesiti 1971 (AUKU).

Kadang-kadang, satu persoalan timbul di kalangan pelajar, apakah mahasiswa di Malaysia tidak cukup matang untuk berdiri di kaki sendiri tanpa sebarang kongkongan? Saya hanya cuba memberi pendapat saya tentang Akta ini didalam konteks dunia yang semakin moden. Di dalam dunia moden kini, AUKU tidak lagi sesuai di praktikkan kerana ada sesetengah nya menafikan hak-hak pelajar untuk bersuara. Ini jelas dapat dirujuk dalam Seksyen 15 (3) AUKU 1971, yang menyatakan, mana-mana pelajar tidak dibenarkan untuk menyuarakan sokongan, simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik. Apakah ini peraturan ini masih sesuai di aplikasikan dalam dunia tanpa sepadan kini? Fikirlah....

Saya tidak langsung berniat untuk menyokong, bersimpati ataupun membangkang akta ini, tetapi cuma mahu mengajak sahabat mahasiswa dan pihak berwajib memikirkan tentang keberkesanan akta ini. Kalau kita tidak dibenarkan untuk menyuarakan pendapat, bagaimana kita mahu mengundi parti pilihan kita setiap kali pilihanraya? Majoriti mahasiswa di Malaysia adalah berada pada umur layak mengundi. Jadi, tidak hairan lah mengapa Mahasiswa sekarang tidak mahu mendaftar diri mereka sebai pemilih di SPR. Buat apa mahu undi kalau kita langsung tidak ada tempat untuk menyuarakan pendapat?

Sebelum saya menyambung semula "assignment" saya, saya ingin mengajak semua pihak untuk memikirkan tentang keberkesanan AUKU ini. Saya tidak mahu menjadi seperti Dato; Seri Anwar Ibrahim, terpekik terlolong mahukan AUKU di hapuskan, tetapi semasa beliau memegang portfolio pendidikan, tidak pula AUKU dihapuskan. Sahabat sekalian, fikir-fikirkan lah. Saya ikhlas, langsung tidak ada agenda tersembunyi. Percayalah, mahasiswa perlukan sokongan, bukan kongkongan !

Wednesday, April 23, 2008

Perpaduan oh Perpaduan !




Semalam, satu hari suntuk saya berada di rumah di Shah Alam. Ini kerana saya terpaksa mematau kerja yang dilakukan oleh si-tukang-paip dalam memperbaiki perpaipan di rumah saya. Saya bersyukur kerana kini, paip di rumah saya sudah pun berada dalam keadaan baik. Dalam saya menanti kerja-kerja yang di lakukan si tukang paip, saya sempat berfikir.



Adakah masih ada semangat perpaduan di Malaysia? Soalan ini lah yang bermain difikiran saya sepanjang si-tukang-paip berada di rumah saya. Persoalan ini timbul kerana si-tukang-paip itu adalah bangsa cina, dan beliau berada di rumah saya sepanjang hari ! Sewaktu makan kami bersama, malah kami bersama-sama melakukan kerja-kerja pembaikan paip itu walaupun berkenalan tak sampai satu hari.

Kagum ! Iulah perkara yang saya dapat rasakan. Tahniah juga kepada rakan serumah saya yang secara tidak langsung bersama-sama juga melayan si-tukang-paip itu mesra. Kadang-kadang saya terfikir yang sebenarnya semangat perpaduan iatu masih ada. Walaupun tidak ketara, namun, saya tetap bersyukur kerana perpaduan di Malaysia, tidak pupus !

Mungkin ramai yang berasa hairan dengan saya. Kenapa dengan saya hari ini? Mula-mula kritik ladang babi, macam tak hormat bangsa lain, sekarang, dia pulak nak sembang pasal perpaduan. Sebenarnya, saya bukan anti-perpaduan, tetapi apa yang saya marah adalah tindakan sesetengah pihak yang langsung tak reti nak hormat bangsa melayu ! Itu saja ! Saya tidak mahu membebel lebih pasal diri saya, kerana, saya tahu, yang sebenarnya diri saya cintakan perpaduan. Islam pun telah mengajar saya menghormati agama lain, jadi kalau saya tidak ikut ajaran Islam, maka dosa lah bagi saya.

Malang ! Apabila kadang-kadang kita baca di akhbar yang pelajar sekolah sendiri skekarang ini sudah hampir tidak tahu erti perpaduan. Dimana silapnya? Mengapa perlu kita berdengki dengan bangsa lain sedangkan kita tinggal di negara yang sama. Jika ada persaingan pun biarlah ianya menjadi persaingan yang positif. Janganlah kerana terlalu bersaing, negara yang tergadai !


Wahai umat Malaysia samada Melayu, Cina ataupun India, sedarlah, bahawanya semangat perpaduan perlu ada di dalam kita. Mulai saat anda membaca tulisan ini, semat kan lah di dalam diri anda untuk menjadi warganegara yang paling cemerlang dengan menghormati rakan-rakan yang datang nya dari pelbagai kaum. Mungkin saya masih muda untuk menasihati pembaca yang lebih tua dari saya, namun, berfikirlah secara positif dengan menerima nasihat, tidak kira dari saya ataupun dari kanak-kanak yang baru nak belajar cakap ! Terima lah nasihat saya ini secara terbuka, kerana saya ikhlas untuk melihat negara kita kekal mengecapi keamanan seperti mana kita kecapi dari dulu, kini dan selamanya.......

Tuesday, April 22, 2008

Selamatkah Melayu?

Buletin Utama adalah rancangan wajib untuk saya setiap hari. Segala macam berita yang entah betul entahkan tidak menjadi tatapan dan perisian saya setiap jam 8. Kadang-kadang ada juga benda yang saya rasa tidak sepatutnya di utarakan sebagai satu berita yang penting.

Tetapi berita bukanlah satu-satunya benda yang nantikan,sebaliknya, ilmu dan pengetahuan yang banyak di dalam isi-isi berita itu yang saya nanti-nantikan. Walaupun kadang-kadang benci dengan Buletin Utama ini, namun, hakikat yang utama, tetap saya kena terima bahawanya di dalam rancangan Berita ada saja ilmu yang kia dapat. Tahniah untuk TV3 yang dari saya kecil lagi Buletin Utama ini lah yang menjadi salah satu sumber ilmu saya. Bukan lah macam berita di RTM, tak habis-habis nak promosi Menteri Penerangan, nampak sangat bangsa kita suka kipas bontot !

Semenjak PRU12, hati saya makin kurang tenang menonton Buletin Utama. Mana tidaknya, isu kerajaan sekarang satu hal, yang satu hal lagi isu Parti Pakatan Rakyat yang bagi saya semakin hari semakin nampak kegagalan mereka menguruskan negeri mereka. Baru memerintah negeri belum lagi memerintah negara.

Malam ini, saya lebih marah apabila mendapat berita dari Buletin Utama yang Speaker DUN Selangor adalah wakil dari DAP yang juga berbangsa Cina ! Apa sudah jadi dengan YB-YB melayu di Selangor? Tidak layakkah mereka untuk menjadi Speaker Dewan? Nampak sangat parti-parti komponen di dalam Parti Pakatan Rakyat tunduk dengan DAP. Tak sudah-sudah pun isu projek 'mega' mereka di Sepang, timbul pula isu Speaker DUN berbangsa Cina.

Bukan apa. Saya bukanlah menidakkan hak-hak kaum lain di Malaysia, tetapi sendiri mahu ingat lah. Setelah sebulan lebih memegang Selangor, kini, saya semakin nampak penguasaan DAP di dalam kerajaan negeri Selangor. Mana tidaknya, projek 'mega' mereka di Sepang yang menjurus ke arah Pertanian, diumumkan oleh YB Teressa Kok, yang memegang Exco Pelaburan negeri. Mana exco Pertanian mereka yang berbangsa melayu ni?

Menyesal, sakit hati dan malu menjadi penduduk Selangor kini. Walaupun saya bukan lah rakyat negeri Selangor, tetapi setelah sekian lama menetap di negeri ini, perasaan sayang dan cinta saya terhadap negeri ini amat mendalam. Macam Dato' Aziz Shamsuddin jugak.

Sebagai penutup kepada penulisan saya ini, saya menggesa bangsa Melayu supaya merenungkan nasib kita. Pakatan Rakyat tidak lagi mahu memperjuangkan kita, tetapi sibuk dengan bangsa lain. Anwar Ibrahim tak payah tanya lah. Masa kes liwat dulu, anjing-anjing DAP ini lah yang membela beliau. Sekarang, maruah bangsa yang terjual dek kerana nafsu Anwar yang macam binatang ! Sekali lagi saya menekan kan di sini, cuba lah kita renungkan, di dalam keadaan politik semasa, selamatkah melayu?