Wednesday, July 16, 2008

Di Mana MBSA Bila Rakyat Memerlukan Khidmat Mereka?

Setiap hari saya lalu di simpang seksyen 13 Shah Alam (kerana kampus universiti saya terletak dikawasan tersebut) menuju ke Giant Supermarket dan Apartment Perdana. Sudah sebulan lebih saya mengesan bangkai anjing di persimpangan yang sibuk itu.

Namun, hingga hari ini, bangkai itu masih barada di tempat pertama kali ianya di temui. Sampai dah tinggal rangka je sekarang ni. Persoalan saya, mengapa MBSA tidak mengalihkan bangkai tersebut? Nak harapkan masyarakat Malaysia, jangan haraplah. Ikutkan, saya nak je alihkan bangkai tersebut, namun, kerana naive dalam hukum-hukum Islam, saya menjadi ragu-ragu.

Mana pergi Ahli Majlis MBSA? Tak logik langsung kalau tidak ada seorang pun yang lalu di kawasan tersebut, kerana jalan itu jalan utama ! Kalau Ahli Majlis tak nampak, mana perginya pekerja-pekerja MBSA? Kalau zaman pemerintahan kerajaan BN dulu, saya sangat sanjung dengan MBSA ini. Kerana susah sangat kita nampak sampah. Sekarang di bawah PKR, bukan sahaja sampah, jalan pun berlubang-lubang !

Lain kali pilih lah Ahli Majlis yang sayang kan rakyat, bukan nya Ahli Majlis yang hanya mementingkan kepentingan peribadi. Kerajaan PKR perlu belajar dari kerajaan BN dalam cara pemilihan melantik Ahli Majlis. Kerana kerajaan PKR ternyata GAGAL !

1 comment:

Anonymous said...

berilah masa pada pkr. depa baru beberapa bulan memerintah. ibarat kanak2 bertatih umpamanya. bn dah lama memerintah, lebih 50 tahun sudah, tak dinafikan banyak sumbangan bn tp masih ade cacat cela nya.