Thursday, February 26, 2009

Antara "Bill of Agreement" dan Perlembagaan Persekutuan, Mana Lebih Tinggi?

Negara kita sedang mengalami satu fenomena weblog yang berkembang dengan sangat pantas. Perkembangan weblog ini terutama sekali melibatkan remaja-ramaja dan mahasiswa-mahasiswa yang menggunakan blog sebagai salah satu mekanisma untuk menyuarakan isi hati dan pendapat mereka. Sebelum kita pergi dengan lebih jauh berkenaan dengan blog ini, lebih baik kita bincang terlebih dahulu asal usul weblog ini. Perkataan weblog diambil daripada kombinasi perkataan "web" dan "blog". Web bermaksud laman internet dan "blog" bermaksud catatan. Maka secara literal nya "weblog" membawa maksud catatan di laman web.

Pada hari ini, weblog telah terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya, weblog politik, agama, hiburan dan sebagainya. Sebelum ini, weblog hanya digunakan sebagai catatan harian individu untuk dikongsi bersama rakan-rakan, ahli keluarga dan sebagainya. Namun, dek kerana perkembangan pesat teknologi, ianya telah dijadikan sebagai salah satu mekanisma untuk masyarakat bersuara.

Malah, parti Barisan Nasional mengumumkan antara punca kekalahan teruk 5 negeri kepada Parti Pembangkang adalah kerana BN gagal dalam menguasai media alternatif ini. Di sebabkan itu, selepas Mac 2008, perkembangan weblog semakin berleluasa "ibarat cendawan tumbuh lepas hujan".

Mengapa weblog? Rakyat Malaysia kini menjadi semakin lebih intelek dalam memilih berita-berita realiti yang ingin mereka dengari. "Mainstream" media di Malaysia seperti mana yang kita tahu agak berat sebelah dalam menyampaikan berita. Maka, atas nama kebebasan yang diberikan oleh "Bill of Guarantee" weblog nampak lebih bebas. Pendapat dan idea dari pelbagai ideologi mudah didapati.

Malang, kerana kebebasan ini, weblog semakin disalah guna. Benar, "Bill of Guarantee" menjamin kita bahawa kerajaan tidak boleh menyekat sebarang sumber dari internet. Namun, apakah kerana perjanjian ini, nilai kemanusiaan kita juga akan hilang?

Kadang-kadang saya berfikir sendirian, apakah "Bill of Guarantee" ini bercanggah dengan undang-undang Malaysia? Mana tidaknya, dari hemah saya, melalui perjanjian, dunia akan dikuasai oleh sistem anarchy. Yang mana kebebasan mutlak diberikan kepada setiap manusia di dunia ini.

Saya tergerak menulis artikel ini apabila terbaca komen salah sorang blogger yang berpendapat tahanan Raja Petra dibawah ISA telah melanggar "Bill of Guarantee" ini. Saya kurang bersetuju !

Mengapa? Malaysia adalah sebuah negara Raja Berpelembagaan, yang mana Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara. Mana-mana undang-undang kecil yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sah ! Ini jelas diterangkan dalam Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Memang benar Perlembagaan Persekutuan ada memberi kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun dan kebebasan menubuhkan persatuan seperti mana yang termaktub di dalam Perkara 10. Namun, ianya terhad jika mana-mana pihak menyalah gunakan kebebasan ini sehingga boleh menggugat kententeraman awam, boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang Malaysia. Kerana itulah Raja Petra ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kerana pada hemah Menteri, penulisan beliau telah menyebabkan kemarahan orang Islam di Malaysia dan boleh menganggu gugat keselamatan negara.

Oleh hal yang demikian, tidak ada mana-mana pihak boleh dikecualikan dari tindakan undang-undang seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Jadi, saya ingin mengigatkan blogger supaya mengawal etika dalam memberi pendapat dalam penulisan anda. Terutama sekali apabila ianya melibatkan perkara-perkara sensitif seperti kuasa raja-raja melayu, hak keistimewaan orang melayu dan Islam sebagai agama Persekutuan. Jangan cuba bermain dengan api !

Ingat, Perlenbagaan Persekutuan Malaysia adalah "...the supreme law of the land..." ( Perkara 4).

Saturday, January 10, 2009

Selamatkan Palestin



Beberapa hari ini saya sibuk dengan tugas-tugas di universiti. Maklumlah dah semester akhir, jadi banyaklah benda nak kena buat. Tulisan saya hari ini pun ringkas. Tak macam selalu. Apa yang saya mahu sampaikan adalah:

1) Kepada rakyat Malaysia, marilah kita boikot barangan Amerika dan Zionis supaya mereka mendapat impak daripada gesaan kita ini.

2) Memberi sumbangan kepada Palestin melalui badan-badan yang diiktiraf oleh kerajaan

3) Meminta SPR supaya menagguhkan Piliharaya kecil KT sebagai tanda kita menghormati mereka di Palestin. Mana tidaknya, saya jadi menyampah apabila melihat berita orang politik bergaduh semata-mata untuk meraih undi. Lebih baik tengok berita pasal perkembangan di Palestin. Lagi bagus !

4) Lebih baik buat masa ini, ketiga-tiga calon berkenaan dari BN,PAS dan BEBAS bersatu mengumpul penyokong mereka supaya menggesa Israel memberhentikan kekejaman di Palestin.

5) Lagipun sebarang pertukaran pemimpin di KT tidak akan membawa impak yang besar kepada pentadibran kerajaan pusat mahupun negeri. Jangan salah saya faham, saya tidak membantah Piliharaya itu, namun cuma meminta supaya ia ditangguhkan !!

6) Menetang Israel kini bukan lagi isu agama, tetapi leih kepada isu kemanusiaan. Maka, seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa, bersama-sama mengutuk kekejaman regime zionis.

7) Saya akan terus berdoa untuk kedamaian mereka.