Thursday, July 24, 2008

Malaysia oh Tanah Air Ku...

Sudah beberapa hari saya tidak mengemas kini blog saya. Ramai juga sahabat-sahabat saya yang menggesa saya mengemas kini blog saya. Namun, baru hari ini saya dapat menulis kerana terlalu sibuk dengan kerja-kerja di kampus.

Semenjak beberapa hari yang lepas, walaupun sibuk menyiapkan assignment dan kerja-kerja untuk Persatuan pelajar saya di Universiti, sempat juga saya mencuri masa untuk mengambil tahu tentang isu-isu semasa. Maklumlah, sehari dua ini, ada saja cerita baru yang terpampang di dada-dada akhbar.

Pada 16/Jun yang lepas, saya telah dijemput oleh salah seorang Ahli Parlimen untuk menjadi tetamu beliau di Dewan Parlimen. Kerana agak segan dengan jemputan tersebut, saya meminta jasa baik dari Ahli Parlimen berkenaan untuk membenarkan saya membawa sahabat-sahabat yang lain. Hanya 5 orang sahaja yang beliau benarkan. Tak apalah, asalkan ada teman. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menemani saya pada hari tersebut. (Irna, Muaz, Fuad dan Azmir).

Alhamdulillah, dapat juga saya sampai kan keprihatinan mahasiswa dan mahasiswi kepada setiap Ahli Parlimen yang saya temui. Saya juga gembira apabila setiap Ahli Parlimen yang saya jumpa bersetuju bahawa betapa penting nya suara anak muda di dalam menjana idea dan pendapat dalam mengukuhkan lagi kekuatan pentadbiran kerajaan. Malah, mereka mengakui, bahawa orang muda ni susah nak jumpa. Bukan nya tak mahu dengar, tapi tiada saluran. Nah ! kami datang dengan pelbagai kritikan dan pendapat yang kami kongsi dengan mereka.

Selain cerita saya di Parlimen, saya ingin berkongsi pengalaman dengan saudara dan saudari pembaca, pengalaman saya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam di Kuala Lumpur. Pada Sabtu lepas, saya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah ibu saya di Seremban dengan menaiki bas. Sekadar untuk merasa keberkesanan sistem ini.

Alhamdulillah, semasa pulang saya boleh katakan perjalanan nya mudah dan selesa. Dari Shah Alam ke Seremban hanya mengambil masa 2 jam sahaja, berbaloi dengan kos yang lebih murah berbanding kereta yang memerlukan kos lebih kurang RM35 sehala, kos dengan pengangkutan awam hanya RM8.20 sehala. Menjimat kan kos sebanyak 4 kali ganda !

Keesokan harinya, untuk pulang ke Shah Alam dari Seremban, saya sekali lagi menggunakan pengangkutan awam. Menaiki Bas dari Seremban ke Central Market. Setibanya saya di Central Market, saya terus ke perhentian Rapid KL yang terletak di kawasan berhampiran. MasyaAllah ! Rasa macam berada di Bangladesh atau Indonesia pulak ! Sudah lah kaki lima nya kotor, busuk pulak tu. Ramai sungguh umat di manusia di situ. Macam ulat ! Tapi semua nya warga asing !

Saya tidak kisah dengan kebanjiran warga asing di situ, mereka pun manusia jugak, tak apa lah. Apa yang memeranjat kan saya adalah , apabila pekerja Rapid KL dengan bersenjatakan rotan yang tebal, meghentak dan memukul warga asing (yang juga pengguna Rapid KL) ini supaya beratur ketika menaiki bas. Teruk ! Macam anjing di buat nya warga asing ini. Kesian diaorang, sekali sekala mahu keluar berhibur, diperlakukan macam anjing pulak. Mana pergi nya kredibiliti pekerja Rapid KL ini? Saya sangat malu apabila dalam kekalutan pekerja Rapid KL memukul warga asing tersebut, berduyun-duyun Mat Salleh mengambil gambar adengan pukul-memukul itu sebagai 'kenangan' untuk di bawa pulang ke negara asal mereka. Apakah persepsi mereka terhadap negara kita agak nya? SAYA SANGAT MALU DENGAN TINDAKAN BODOH PEKERJA RAPID KL INI !

Kemudahan bas Rapid KL memang 'tip-top' ! Namun, sikap pekerja mereka yang angkuh menyebabkan saya tidak boleh memberi pujian kepada Rapid KL. Persoalan nya, mengapa Rapid KL tidak mengajar perkerja mereka supaya bersopan? Tidak hantar latihan atau kursus ker? Takkan la sebab nak jimat kan kos, Rapid KL sanggup meggadai nama baik Malaysia?

Di akhir kata, saya ingin menasihat kan para pembaca, supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan nama baik negara kita. Ingat lah, jangan kita jadi macam pekerja Rapid KL ini, lebih baik kita buat sesuatu untuk memastikan negara kita berjaya mengecapi WAWASAN 2020. Semoga ALLAH SWT akan melindungi negara kita dari segala bencana alam dan segala bencana buatan manusia. Amin......


Perhatikan dengan teliti, lelaki berjaket biru itu adalah perkerja Rapid KL. Lihat lah senjata di tangan beliau !


Beginilah keadaan di salah sebuah tempat menunggu bas di Central Market


Keadaan bas Rapid KL di waktu malam yang sangat bersih dan selesa. Malang nya, sikap pekerja Rapid KL yang kurang ajar menyebabkan saya tidak akan menaiki bas lagi !


P/S: Gambar-gambar ini di ambil sendiri oleh saya dengan menggunakan Kamera Talifon Bimbit saya. Untuk dijadikan sebagai bukti.

2 comments:

Anonymous said...

sebagai walikota.fenomena ini sudah menjadi kebiasaan kami.pihak rapid terpaksa bertegas kerana para pendatang ini "tak faham bahasa" hanya melanggar dan menolak semua penumpang.bayangkan klu warga emas atau O.K.U kita mahu menaiki bas ini? sesungguhnya mereka akan selamba sahaja ditolak dan mungkin akan terjatuh.Pendatang ini terbiasa membawa budaya "tak reti beratur" ke negara kita!

Anonymous said...

sy meminati penulisan saudara..saudara seorang mahasiswa yg bukan sahaja celik mata malah celik hati..bukan semua orang concern ttg sesutu perkara macam saudara..tahniah saudara..
sy berharap saudara akan berjaya suatu hari nnt..insyallah..