Thursday, May 15, 2008

Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh

Pada 11/Mei/2008 yang lepas, UMNO telah meraikan ulangtahun ke 62-nya. Dengan gah para pemimpin kita dalam UMNO melaung-laungkan semangat mereka dalam memperjuangkan nasib si bangsa melayu. Namun, masih selamatkah melayu di bawah panji kepimpinan UMNO ini?

Saya yakin, dengan ada nya saki baki pemimpin yang berwibawa di dalam UMNO, parti ini boleh menyelamatkan kedaulatan melayu dalam senario politik masa kini. Yang penting pemimpin saki-baki yang bijak ini tidak dicampak di dalam lombong yang penuh dengan najis-najis kejahatan !

UMNO adalah sebuah parti politik yang sejak zaman Dato'Onn Jaafar, bertungkus lumus untuk memperjuang kan nasib orang melayu. Dato' Onn juga telah menasihati orang melayu suoaya dapat berkerjasama dengan kaum Cina dan India. Jadi, sepatutnya tidak timbul isu UMNO adalah sebuah parti yang racis ! Dari dulu lagi ahli-ahli UMNO di ajar untuk menghormati kaum lain.

Malang sekali jika kita melihat kepada sejarah. Dengan pengkajian terhadap sejarah, kita akan mendapat gambaran yang jelas bagaimana negara kita tumbang kepada penjajahan sehinggalah kita berjaya mencapai kemerdekaan. Ini semua adalah realiti masa lampau yang perlu kita kaji pengajaran nya. Sejarah ini bukan mitos !

UMNO menentang kewujudan Malayan Union, yang antara nya mengurangkan kuasa raja. Tapi, tidak hairanlah kerana perkara itu di bangkitkan oleh penjajah ! Hari ini, orang semakin berani mengutuk raja-raja melayu secara terbuka. Apakah peranan UMNO dalam meneyelesaikan masalah ini?

Saya menerima banyak e-mail darpada pembaca terhadap penulisan saya berkenaan komen Karpal Singh. Kebanyakan mereka bertanya, mengapa saya marah sangat? Mana tidak nya, Karpal Singh telah dengan melulu menggunakan terma undang-undang menghina raja-raja melayu sehinggakan menyebabkan kemarahan orang melayu di Malaysia.

Kenapa orang melayu marah? Orang melayu marah kerana martabat Raja terlalu tinggi untuk orang melayu. Mengikut adat dan kepercayaan melayu, Raja adalah ketua yang terpilih oleh Tuhan untuk melindung umat melayu. Ini adalah sensitiviti kaum. Karpal sepatutnya memikir kan dari segala aspek sebelum membangkitkan perkara ini kepada media.

Ada juga komen yang saya dapat dari salah seorang pembaca, yang memberi idea bahawa para pengamal undang-undang sepatutnya di ajar etika sebelum secara terbuka mengkritik sesuatu undang-undang yang tertulis. Untuk makluman para pembaca, sebenarnya setiap pengamal undang-undang di Malaysia, telahpun di ajar cara dan adab dalam memeberi komen kepada terma undang-undang, semasa mereaka menuntut di universiti dahulu. Setidak-tidaknya dalam mata pelajaran JURISPRUDENCE.

Karpal sepatutnya tidak menggunakan undang-undang untuk mengugat keharmonian kaum di Malaysia, kerana undang-undang sepatutnya adalah pelindung kepada keharmonian kaum yang kita kecapai masa kini. Mungkin Karpal Singh ini ada agenda tertentu. Siapa tahu?

Akhir sekali, kepada pembaca sekalian, jagalah martabat kita sebagai melayu, pada masa yang sama hormatilah sahabat-sahabat kita dari kaum cina, india dan sebagainya. Kongsilah kehidupan yang aman di Malaysia ini dengan mereka, jangan pinggirkan mereka, pada masa yang sama jangan lupa hak kita sebagai melayu dan Islam di Malaysia. Ingatlah, merdekanya Malaysia, kerana pemimpin Melayu, Cina dan India bersatu hati menuntut kemerderkaan. Hayatilah pepatah melayu yang berbunyi, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Friday, May 9, 2008

Martabat Tuanku Dijunjung, Martabat Melayu Dijulang

Saya menghadapi miggu yang saya sangat sibuk muktahir ini. Mana tidak nya, baru sahaja selesai peperiksaan "mid-term", fokus saya tertumpu pula pada Kejohanan Bola Sepak Piala Presiden MSU 2008 (yang akan berlangsung pada 10/mei/2008). Kejohanan ini adalah koejohanan tradisi di universiti saya yang akan berlangsung setiap tahun. Namun, tahun ini adalah kali pertama pasukan dari pelajar Undang-undang manyertai kejohanan ini. Saya sangat bertuah kerana terpilih menjadi sebahagian daripada pasukan ini.

Setelah bertungkus-lumus kami berlatih setiap hari, hari ini, ketua pasukan kami, Jainuddin Ibrahim, memberi satu hari perlepasan untuk setiap ahli pasukan berehat. Dengan kerana itulah saya berpeluang menulis blog hari ini.

Walaupun sibuk dengan jadual harian saya padat, saya masih tidak dapat meninggalkan rutin membaca akhbar dan menonton Buletin Utama. Jadi, isu-isu semasa saya tidak pinggirkan begitu sahaja.

Cerita sahaja pasal isu minggu ini, memang amat perit dan sedih untuk dibincang kan. Mana tidak nya, kini kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Sultan dengan secara terbuka nya di pertikaikan. Siapa yang berani sangat mempertikai kan perkara ini?

Siapa lagi kalau bukan Karpal Singh? Seorang YB yang cuba menjadi hero kepada masyarakat. Bercakap pasal Karpal Singh ini, saya dari dulu menggelarkan beliau ini sebagai seorang 'machivillian'. Machivillian adalah terma yang dia ambil bersempena dengan nama penulis dari ITALI, Machiavelli. Dalam buku beliau, The Prince, penulis ini telah menulis berkenaan dengan "matlamat meng-halalkan cara". Dek kerana itu lah, sesiapa sahaja yang mengamalkan prinsip ini, akan digelar sebagai machiavellian. Tidak kah sama dengan Karpal? Menghalalkan kritikan terhadap YDPA dan Sultan, semata-mata kerana tidak setuju dengan tindakan Sultan Perak menarik balik keputusan MB, untuk menukarkan Pengarah Jabatan Agama Islam ke bahagian lain. Tidak kah menentang tindakan Raja secara terbuka di larang sama sekali? Namun, kata Karpal, kita boleh mengkritik kuasa sultan kerana kita bukan lagi berada pada zaman feudal. Sebab itulah saya menganggap matlamat Karpal telah meng-halalkan cara beliau. Hanya mementingkan diri sendiri.

Mana tidaknya. si Karpal ini tak habis-habis menggunakan terma undang-undang untuk mempertahankan diri beliau. Beliau telah menyebakan bukan sahaja orang melayu tetapi juga orang bukan melayu terhadap beliau.

Macam saya katakan tadi, Karpal Singh ini bijak dalam mengaplikasikan undang-undang sedia ada. Buktinya, sehingga penulisan ini di buat, masih belum ada tindakan undang-undang yang di ambil terhadap beliau. Walaupun sejak Isnin lalu beberapa laporan polis telah di buat.

Sepanjang isu ini di bangkitkan, ramai sahabat memnita pandangan saya terhadap apa yang berlaku. Mudah sahaja, bagi saya, kalau betul pun, YDPA dan Sultan tidak ada kuasa dalam sebarang tindakan kerajaan Pusat dan negeri, Karpal kena fikir yang kuasan raja adalah sesuatu yang amat sensitif untuk rakyat berbangsa melayu. Bagi orang melayu (termasuk saya), sanggup mati untuk melindungi kuasa raja-raja melayu di Malaysia. Sejak dari turun termurun, Baginda dikatakan sebagai penyelamat kepeda maruah bangsa melayu.

Tidak kah beliau fikir berkenaan ini? Sebagai seorang peguam yang berpenggalaman, sensitiviti kaum adalah perkara wajib yang perlu di ambil kira sebelum membuat sebarang kenyataan. Pendapat saya, kenyataan Karpal Singh, boleh menyebabkan pergaduhan kaum, dan disebabkan itu, Akta Hasutan, adalah rujukan terbaik untuk mengheret Karpal ke muka keadilan.

Yang peliknya, mana pergi Dato Seri Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim, Hassan Ali mahupun Dato Haron Din? Tidak kah melindungi kuasa Raja sepatutnya menjadi tanggungjawab melayu? Nak harap Raja Petra, masih dalam perjalanan ke Sungai Buloh. Secara peribadi, saya sangat sayang dan taat kepada apa jua keputusan Raja saya. Kerana saya tahu, tak mungkin Baginda akan menyuruh saya melakukan perkara yang tidak senonoh.

Bangkitlah melayu ! Jangan leka dengan kemewahan sedia ada. Sama-samalah kita memperjuangkan kuasa YDPA dan Sultan kita. Nak harap siapa lagi? Bukan Keadilan mahu pun PAS, tetapi semua ahli-ahli UMNO ! Baik PEMUDA mahupun Vateran UMNO, sama-samalah kita selamatkan Raja-raja kita. Sesungguhnya Baginda adalah penyelamat kepada nasib kita di masa hadapan. Jangan biarkan badut seperti Karpal Singh, menjadikan Raja kita sebagai bahan untuk menghiburkan orang.

DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU ! DAUKAT TUANKU !

Friday, May 2, 2008

Tan Sri Nasimuddin Amin:Tokoh Melayu Moden

Hari ini adalah hari pertama saya menduduki peperiksaan "Mid Semester". Kertas "Succession Law" menjadi pembuka gelanggang kali ini. Segala ilmu yang saya terima dari pensyarah selama ini, di uji dengan soalan-soalan yang benar-benar memeningkan kepala saya. Masa dua jam yang diberikan, seakan tidak cukup untuk saya. Mungkin saya banyak melalut agaknya ! Mengambil kesempatan ini, saya ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada pensyarah saya, Prof Hamidah Marsono, yang secara tidak saya sedari, sebenarnya telah banyak memberi saya ilmu-ilmu tentang mata pelajaran ini. Walaupun begitu, kertas peperiksaan hari ini, tetap sukar untuk saya !

Dalam kelalutan saya menjawab soalan sebentar tadi, tiba-tiba talifon bimbit saya bergegar (terpaksa diletakkan dalam 'vibrate' mode kerana berada dalam dewan peperiksaan), Dalam hati saya bertanya, "siapa la yang hantar "message" ni?" Keluar sahaja dewan peperiksaan terus saya baca pesanan yang saya terima sebentar tadi.

Terkejut, tergamam dan terperanjat, apabila saya mendapat berita tentang kembalinya ke Rahmatullah Tan Sri SM Nasimuddin Amin pada pukul 2pagi, Jumaat (2/mei/2008) di Hospital Long Beach California akibat kanser paru-paru. Dalam kita tidak sedari, rupa-rupa nya Almarhum telah menerima rawatan di Hospital berkenaan sejak Januari lalu !

Hari ini, saya ingin berkongsi pengetahuan dengan sahabat pembaca sekalian sedikit sebanyak perkara yang saya tahu berkenaan dengan Almarhum. Almarhum di lahirkan pada 1955 dan mendapat pendidikan di Sekolah Menegah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah. Beliau di besarkan di Kuala Pilah, sebuah daerah yang boleh dikatakan sebagai terpencil sampai sekarang. Namun, atas semangat yang ada pada Almarhum, beliau berjaya membuktikan kepada semua yang melayu kampung pun boleh berjaya. Beliaulah contoh terbaik untuk anak-anak melayu !

Begitulah semangat Almarhum ! Tatkala pada usia 21 tahun, ramai dikalangan kita msih lagi merempit di sekeliling KL, Almarhum telah mengumpul RM 80 000 di dalam akaun bank beliau pada usia semuda itu ! Duit ini adalah hasil yang dikumpul beliau sepanjang bekerja kontrak bersama Ayahanda Almarhum.

Kerana kegigihan itu, dengan duit yang ada di dalam bank, beliau telah memohon Approved Permit (AP). Selepas kerajaan menerima permohonan beliau, beliau terus memulakan rentak empayar perniagaan, dengan terbang ke Jepun dan tinggal di Jepun selama 3 Bulan untuk mengeksport kereta terpakai dari Jepun ke Malaysia.

Empayar perniagaan beliau, bermula dari lot pejabat yang beliau beli di Taman Maluri dengan menjual hanya 12-16 kereta tiap-tiap bulan. Namun itu hanyalah rutin permulaan perniagaan, pada tahun 1979, beliau telah menambah cawangan perniagaan beliau di Kampung Bharu. Dari 12-16 kereta di jual sebelum ini, beliau berjaya menjual 60-80 kereta setiap bulan.

Terkenal dengan sikap "low profile" nya, membuatkan masyarakat (terutamanya melayu)terlepas pandang dengan jasa beliau kepada Agama, Bangsa dan Negara. Sepanjang riwayat Almarhum, beliau tidak pernah lari dengan fitnah dan tohmahan orang-orang jumud dan naif, beliau satu ketika di tuduh sebagai membeli AP dari kerajaan dengan harga yang sangat tinggi sehingga menyebabkan beliau digelar "AP King". Malah ada juga yang menuduh beliau rasuah ! Astaghfirullah....

Kini, Almarhum sudah meniggalkan kita, satu kehilangan yang amat besar untuk bangsa Melayu dan umat islam di Malaysia. Namun kami redha. Mungkin Allah lebih menyayangi Almarhum. Kepada yang masih suka memfitnah, bertaubatlah. Kembalilah ke jalan yang benar.

Di akhir kata, marilah kita bersama-sama membaca Al-Fatihah, untuk disekahkan kepada roh Almarhum. Jasa Almarhum kepada kita, walaupun tidak nampak, tetapi sebenarnya, beliau inilah yang menjadi lambang kehebatan orang Melayu di dalam dunia yang amat mencabar ini. Semoga Almarhum ditempatkan di tempat orang yang beriman kepada-Nya ! Amin......


KEPADA AHLI KELUARGA ALMARHUM, PENULIS MENGUCAPKAN TAKZIAH DI ATAS KEMBALINYA ALMARHUM KE RAHMATULLAH



AL-FATIHAH....