Sunday, July 6, 2008

Adakah UMNO Masih Relevan?

Semenjak Mac 2008, semakin kuat persoalan samada masih relevan kah parti keramat orang melayu iaitu UMNO. Walaupun persoalan ini dibangkitkan sejak awal kemuculan UMNO satu ketika dahulu, namun, persoalan ini ibarat pasang surut nya lautan. Kadanag-kadang ada kadang-kadang tidak. Tetapi semenjak PRU12, semenjak kegagalan UMNO memenangi dua per tiga kerusi di dalam parlimen, persoalan ini di bangkitkan semula.

Saya hairan mengapa orang mahu menyalahkan UMNO ini, walhal pada saya, yang patut dipersalahkan adalah pemimpin UMNO hari ini yang gagal dalam menguruskan parti. Pada saya UMNO adalah satu-satu nya parti yang masih relevan di negara kita kini, kerana perjuangan UMNO memang terbukti sejak dahulu mempertahankan nasib orang melayu dan pada masa yang sama menghormati kaum-kaum lain di Malaysia (Menerusi penggabungan dengan parti-parti MCA dan MIC antaranya).

Namun, UMNO menjadi tidak relevan apabila pucuk pimpinan UMNO ketika ini lebih mementingkan perjuangan peribadi daripada perjuangan untuk rakyat secara menyeluruh (Ini jelas bertentangan dengan perjuangan asal UMNO).

Apa yang harus kita lakukan untuk menyelamatkan UMNO? Kalau tanya pada saya, saya berpendapat UMNO pada hari ini perlu berani untuk menukar kepimpinan mereka.

Sedih apabila pemilihan UMNO yang bakal dijalankan Disember ini, digambarkan seolah-olah Presiden tidak akan mendapat tentangan daripada mana-mana pihak atas alasan beliau mendapat sokongan akar umbi. Mana fakta yang mereka dapat, saya pun kurang pasti.

Hakikatnya, kebanyakan ahli UMNO pada hari ini tidak berapa senang selagi YAB Presiden parti masih memegang jawatan tertinggi di dalam UMNO. Ini kerana Presiden UMNO pada hari ini gagal untuk memimpin parti UMNO dan Barisan NAsional untuk mengulangi kejayaan yang cemerlang dalam pilihanraya yang lepas. Malah gagal juga untuk menyatu-padukan orang melayu.

Kecundang di lima negeri bukanlah satu perkara yang boleh kita pandang remeh. Takkan lah kita hendak tunggu kecundang di semua negeri baru hendak tukar pemimpin? Ahli UMNO perlu berani menyuarakan pendapat mereka kepada Presiden parti. Memang benar, ada juga pemimpin UMNO yang secara terbuka mengkritik kepimpinan Parti, antaranya YB Dato' Mukhriz Tun Mahathir. Namun jumlah pemimpin yang se-berani beliau amat sedikit !

Namun, di sebalik masalah kepimpinan parti UMNO, saya masih percaya bahawa UMNO masih relevan untuk rakyat Malaysia. Ini kerana perjuangan UMNO yang telah terbukti semenjak UMNO memerintah negara hinggalah ke hari ini, UMNO berjaya memartabatkan bangsa melayu hinggakan melayu Malaysia kini terkenal satu dunia. Cuma yang menyebakan kita terkilan adalah UMNO sekarang jatuh di tangan orang yang tidak ikhlas dalam memperjuangkan nasib Agama, Bangsa dan Negara.

Marilah kita bandingkan UMNO dengan parti-parti pembangkang yang utama iaitu PAS, Keadilan dan DAP.

  UMNO
Pada tahun 1946, UMNO berjaya meyakinkan orang melayu untuk bersatu menentang menentang Malayan Union yang diperkenalkan oleh British. Kerana penentangan dari orang melayu yang diketuai oleh pemimpin UMNO itulah menyebabkan British telah menarik balik Malayan Union. Pada 1957, Tengku Adul Rahman yang juga Presiden UMNO ketika itu, telah mengisytiharkan kemerdekaan kepada Tanah Melayu setelah beliau bertungkus lumus meminta kemerdekaan daripada kerajaan British. Alhamdulillah, hari ini sudah hampir 51 tahun kita mengecapi kemerdekaan daripada penjajah. Semuanya kerana UMNO.

 PAS
PAS atau Parti Islam Se-Malaysia adalah serpihan daripada UMNO. Asalnya Pas adalah sbahgian daripada UMNO. Disebabkan tamak kuasa mereka keluar dari UMNO. Hingga hari ini PAS dianggap sebagai punca perpecahan umat Islam di Malaysia. Pernah mengelurakan fatwa bahawa wanita cantik tidak boleh berkerja dan hanya perlu duduk rumah. Baru-baru ini kerajaan Kelantan pimpinan PAS pula mengeluarkan fatwa mengharamkan wanita makai lipstik dan kasut tinggi. Atas alasan ianya boleh menyebabkan lelaki gersang apabila melihat nya. Ini adalah satu perkara yang pada saya menggambar kan Islam itu kolot. Mengajak umat Islam di Malaysia berfikir seperti zaman dahulu kala. Seolah-olah umat Islam di Malaysia adalah bangsa zaman jahiliah.

 KEADILAN
Keadilan juga adalah serpihan daripada UMNO. Ditubuhkan oleh DSAI selepas pemecatan beliau dari jawatan TPM. DSAI dipecat kerana tuduhan salah guna kuasa dan beberapa kesalahan moral. Setelah sepuluh tahun kewujudan nya, DSAI sekali lagi dituduh meliwat Pembantu Khas beliau sendiri. Seperti biasa beliau menafikan nya. DSAI juga adalah orang yang paling suci dan tidak pernah melakukan dosa pada pendapat para penyokong nya. Parti ini lebih telah terbukti lebih mementing kan perjuangan individu tertentu daripada perjuangan rakyat.

 DAP
Sebuah parti yang di tubuhkan oleh PAP(Parti pemerintah di Singapura). Para pemimpin nya sering mempertikaikan hak orang melayu dan raja-raja melayu. Para pemimpin nya sering cakap tak serupa bikin. Sebuah parti yang tidak boleh menerima hakikat Malaysia adalah negara Islam. Para pemimpin mereka juga terkenal di Dewan Rakyat sebagai pemimpin yang sangat racist. Pendek kata, parti ini adalah parti anti-melayu !

Jadi para pembaca sekalian, jika UMNO tidak lagi relevan, adakah parti-parti lain di Malaysia relevan? Fikirkan lah parti mana yang relevan dan parti mana pula yang tidak relevan?

Sama-samalah kita selamat kan UMNO dan kembalikan UMNO ke perjuangan asal.

3 comments:

Anonymous said...

bagaimana cara untuk menyelamatkan umno ?? kalau perompak masih di dalam umno !!

bagaimana nak selamatkan UMNO ?
kalau pembunuh dalam Umno !!

bagaimana nak selamatkan UMNO ?
kalau masih utama kan menantu !!

bagaimana nak selamatkan UMNO?
kalau perasuah dalam umno !!

bagaimana nak selamatkan UMNO?
kalau rakyat kene jimat cermat ..
orang atas masih boros ..

Anonymous said...

hidup UMNO!! hidup TUN DR MAHATHIR!!

Anonymous said...

haha...umno hebat