Wednesday, August 6, 2008

Satu Analisis Realiti Disebalik Teori-teori Yang Retorik

Kebelakangan ini heboh diperkatakan tentang pemindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti. Akta ini memang banyak mahasiswa kurang bersetuju dengan perlaksanaan nya. Saya adalah diantara puluhan ribu mahasiswa yang menentang beberapa perkara di dalam akta ini. Secara spesifik nya, saya kurang bersetuju dengan perkara yang terkandung di dalam seksyen 15 akta tersebut.

Saya sependapat dengan salah seorang blogger (yang juga mahsiswa, boleh layari blog beliau di www.gunungraya.blogspot.com), bahawa akta ini tidak boleh dimansuhkan. Ini kerana, di dalam akta ini, dinyatakan juga tentang beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap universiti di Malaysia. Cuma pindaan seksyen 15 yang saya perjuangkan !

Amat malang sekali, semasa perjumpaan saya dengan YB Razali Ibrahim, beliau memaklumkan kepada saya, bahawa terdapat sekumpulan mahasiswa daripada IPTA tempatan yang menyarankan supaya akta ini dimansuhkan ! Kalau mansuh, bagaimana dengan universiti kita? Kena mansuh juga lah. Sebagai mahasiswa, saya amat malu kerana ini jelas menunjukkan betapa jumud nya pengetahuan mahasiswa tentang akta ini. Pelajar IPTA pulak tu ! Ini akan lebih membuatkan orang salah anggap dengan kita.

Dalam akhbar baru-baru ini, Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato' Khaled Nordin, memberitahu bahawa pindaan AUKU telah sampai ke peringkat pembacaan kedua di Dewan Rakyat yang dijangka akan di bentangkan pada ogos ni. Pindaan ini akan mengurangkan sedikit sekatan bersuara mahasiswa yang telah berpuluh tahun menghantui kita.

Namun, Dato Menteri menjelaskan, dalam pindaan tersebut, mahasiswa masih tidak boleh menyertai mana-mana parti politik, hanya dibenarkan untuk menyertai NGO sahaja. Secara teorinya saya bersetuju, tetapi secara praktikal nya saya tidak bersetuju. Kerana apa? Secara teori memang benar mahasiswa kena fokus dengan pelajaran, tetapi secara realiti nya mahasiswa memerlukan orang poltik untuk mendengar permasalahan mereka.Kerana pemimpin kita adalah orang politik, maka saya rasakan perlu untuk dibincangkan tentang realiti disebalik teori-teori yang kolot seperti ini. Memetik kata-kata ahli falsafah Amerika, HLA Hart, when people get more mature and educated, they will actively fight for their rights. Ini lah yang cuba saya lakukan. Bukan lah nak kata kalau kita mahasiswa berpolitik, kita akan lupa dengan pelajaran kita. Buka lah sikit kotak fikiran kita. Sampai bila kita nak berfikiran jumud macam ini?

Tetapi, saya tetap bersyukur kerana sedikit sebanyak Kementerian ada memikirkan untuk mengurangkan sekatan untuk mahsiswa bersuara. Dengan membenarkan mahasiswa menyertai NGO di Malaysia. Maka selepas ini, ada juga lah tempat untuk kita menyuarakan pendapat dan permasalahan kita. Tanpa dipengaruhi oleh mana-mana parti politik di Malaysia. Maklum lah parti politik di Malaysia ni sekarang bertambah karut dan kartun ! Politik yang terlampau taksub menyebabkan orang takut kita terjebak dengan rejim-rejim politik yang terdapat di Malaysia. Biarlah kita tak dapat masuk politik, yang penting suara kita boleh didengari !

Saya ingin mengajak sahabat mahasiswa sekalian, selepas pindaan akta ini berjaya digazzet kan, marilah kita merampas NGO-NGO yang menggunakan nama mahasiswa. Terutama sekali Gerakan Pelajar Melayu Semanjung (GPMS). GPMS kini diketuai oleh orang politik dengan alasan kita tidak boleh sertai NGO. Bila kita dah boleh pegang NGO, bebaskan kesatuan kami dari regim-regim politik yang kotor ! Bagi dekat kita, orang politik pergi la berpolitik, hal mahsiswa biar kita yang jaga ! Sibuk aja ! Gila kuasa ! Selama ni pun GPMS bukan nya nak ambik tahu hal kita. Sibuk nak bergaduh bertanding jawatan tertinggi dalam gerakan tersebut. Mahasiswa tak kan lupa pertelingkahan dua orang politik yang juga orang kuat GPMS iaitu Dato Duhaimi Ibrahim dan Dato Reezal Marican Naina Merican. Masing-masing sibuk nak jadi Presiden, patutnya jaga mahasiswa !

Bangkitlah mahasiswa. Perjuangkan hak kita untuk bersuara. Jangan biarkan kita dipengaruhi oleh mana-mana parti politik atau orang politik, berjuang lah dengan ikhlas untuk hak kita. Kita juga rakyat Malaysia yang berhak bersuara.  Mengapa perlu suara kita disekat? Kita bukan nya pengganas tetapi cuma manusia yang dahagakan ilmu. Kerana itulah kita digelar MAHASISWA.

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum.

saya menyokong tindakan kerajaan yang telah mengambilkira suara mahasiswa untuk seksyen 15 AUKU dipinda untuk membolehkan mahasiswa untuk bersuara. sememangnya jikalau kita membenarkan mahasiswa dan ahli politik disatukan, nescaya ia ibarat seseorang disatukan bersama alkohol.

namun ia adalah satu langkah yang bagus apabila kerajaan akhirnya bercadang untuk membenarkan mahasiswa untuk menyertai NGO yang berada diluar sana. seperti kata penulis, ia sekurang-kurangnya membenarkan suara mahasiswa untuk didengari.

memetik kata pensyarah saya, Sir Mahinderjit Singh, "it is easier to have law abiding citizens than to have citizen who rebels against the government."

jika dikatakan mahasiswa dan orang muda di negara ini sebagai pemimpin masa hadapan, maka berilah laluan kepada kami semua untuk bersuara atau setidak-tidaknya memberi cadangan atau pendapat untuk membangunkan negara ini bagi manfaat masa hadapan kami. janganlah pula pemimpin-pemimpin yang sudah lama ditampuk kepimpinan dengan idea lapuk mereka menentukan hala tuju orang muda dinegara ini.

ramai lagi orang-orang muda dinegara ini yang berkelayakan untuk memimpin. jika dikatakan belia itu dibawah 40-tahun maka berilah jawatan atau kedudukan itu kepada mereka dibawah 40 tahun. takkanlah selama-lamanya belia dinegara kita ini masih hendak dikategorikan di dalam linkungan 50-60 tahun. macam tiada orang muda pula di Malaysia.

harapan orang-orang muda disini adalah untuk didengari, dah hak diberi kepada yang sepatutnya.
orang-orang muda dinegara ini yang sudah belajar tinggi-tinggi selama bertahun-tahun mahu memimpin dan mencorakkan negara ini seperti mana pemimpin-pemimpin negara agung yang lepas lakukan.

tidaklah kami semua belajar sekolah tinggi-tinggi hendak memporak-perandakan dan memusnahkan kerajaan dan negara yang sedia ada ini. itu derdahaka namanya.

sebab itu kami adalah MAHASISWA.

Anonymous said...

ikhlas dan jujur saya kurang faham dengan penulisan sirnen.maafkan saya kerana gagal memahami...

Anonymous said...

ntah ape2 sirnen ni..
ulangan dari penulis hang lekuk juga..