Sunday, August 15, 2010

Mustahil Melayu Bukan Tuan di Malaysia

Kebelakangan ini kita sering mendengar beberapa pihak terutama dari pakatan pembangkang yang mempertikaikan Ketuanan Melayu atau dalam bahasa mudahnya, mereka berpendapat, Melayu bukan Tuan di negara ini.

Dalam hal ini, saya tidak mahu membuang masa untuk bertikam lidah dengan mereka yang menafikan realiti Ketuanan Melayu. Ini kerana, pada saya, kita tidak akan boleh mengubah sejarah, kerana sejarah mempengaruhi kehidupan kita pada hari ini.

Cuba fikirkan,

Jika Melayu bukan Tuan, mengapa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memberi pelbagai keistimewaan kepada bangsa Melayu?

Jika Melayu bukan Tuan, mengapa Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjadikan Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia sebelum ini disebut sebagai Bahasa Melayu) sebagai bahasa kebangsaan?

Jika Melayu bukan Tuan, mengapa Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan hanya menerangkan maksud Melayu secara mendalam?

Jika Melayu bukan Tuan, mengapa perkataan 'Melayu' beberapa kali disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan sedangkan perkataan Cina ataupun India tidak langsung terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kadang-kadang saya hairan, mengapa perlu Perlembagaan Persekutuan meletakkan perkara berkaitan pemberian kewarnegaraan seperti yang tertulis di dalam Perkara 14?

Pembaca sekalian nilai lah sendiri. Apakah Melayu sebenarnya adalah Tuan di negara ini?