Sunday, November 23, 2008

Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie

Dalam asyik saya membaca tentang kegembiraan masyarakat kulit hitam dengan kemenangan Barrack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat, lantas saya berpendapat tidak ada yang mustahil di dunia ini. Jika kita berusaha kearah kejayaan, pasti kita akan mendapat apa yang kita usahakan. Itulah prinsip yang saya pegang akhir-akhir ini.

Cerita pasal 'tidak ada yang mustahil' ini, teringat saya kepada wira negara, Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie. Beliau telah membuktikan bahawa masyarakat Malaysia telah maju setapak lagi ke hadapan. Kalau dulu kita menganggap, untuk menerokai angkasa lepas adalah sesuatu perkara yang mustahil, sekarang makin ramai kanak-kanak di sekolah menanam cita-cita untuk menjadi angkasawan negara yang seterusnya. Semua nya kerana kejayaan Dr. Sheikh Muszaphar.

Dalam asyik saya khayal dengan kejayaan beliau, tiba-tiba saya teringat dengan segala caci hamun yang saya baca terhadap beliau ini. Terbaru berkenaan dengan perndapatan yang beliau kecapi kononnya melebihi RM 1.2 Juta. Ada juga yang saya baca dari sesetengah komen mesyarakat Malaysia yang jumud dan sempit fikiran, kononnya Dr. Syeikh Muszaphar tidak layak menjadi Angksawan kerana beliau adalah Melayu ! Ini adalah komen paling tidak bermoral yang saya baca.

Mana tidaknya, semua orang tahu yang Dr. Syeikh Muszaphar ini pergi ke angkasa lepas dengan membawa nama seluruh rakyat Malaysia tanpa mengambil kira asal usul bangsa beliau. Sepatutnya, kita semua masyarakat Malaysia perlu bangga dengan kejayaan beliau. Berkenaan dengan pendapatan RM 1.2 juta yang dilaporkan oleh sesetengah pihak itu, saya sebagai rakyat Malaysia tidak kisah langsung dengan pendapatan yang beliau nikmati. Kalau betul lah jumlah yang dilaporkan, saya merasakan, beliau memang layak mengecapi pendapatan sebanyak itu. Bebaloi lah dengan usaha yang beliau lakukan dalam menjayakan program ini. Malah, saya lagi bangga kerana Malaysia kini boleh melahirkan lebih ramai jutawan di negara ini.

Sebagai kesimpulan, saya ingin mengingatkan kepada semua, janganlah kita asyik nak bercakap tentang keburukan orang. Lebih baik kita fokuskan diri untuk memajukan diri kita sendiri. Samada kita Melayu, Cina mahupun India, kita tetap rakyat Malaysia yang cintakan negara ini. Janganlah cuba kita bangkitkan kemarahan dikalangan bangsa lain yang terdapat di negara ini. Buat masa sekarang, fokus kita semua adalah untuk memastikan negara ini mecapai tahap negara maju menjelang tahun 2020. Ingatlah wahai semua rakyat Malaysia, 'tidak ada yang mustahil'......

P/S: Tahniah kepada YABhg Tun Dr.Mahathir Mohamad kerana mencetuskan program Angkasawan ini. Tahniah.


video ini menarik perhatian saya kerana kagum dengan usaha mereka dalam menyampaikan kebangaan mereka terhadap wira negara.Tahniah kepada pencipta video ini...!

3 comments:

Anonymous said...

macam kelakar la org yg nyanyi tu..haha..but a good jobs guys..!

Anonymous said...

terima kasih TDM diatas jasamu yang tidak terbalas oleh kami semua! tahniah kepada hang-lekuk kerana menyedarkan kami akan hal ini!

Anonymous said...

Dalam catatan p/s tu...ada tertulis TAHIniah...typing error atau sengaja...sepatutnya TAHNIAH kot