Sunday, August 24, 2008

Tsunami Baru Di Pulau Pinang



Semenjak perletakkan jawatan Datin Seri Wan Azizah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, kebanyakkan rakyat Malaysia tidak sabar untuk menantikan keputusan samada DSAI bakal kembali ke Parlimen. Jika ini berlaku, Dewan Rakyat kita akan bertambah lebih  kecoh daripada keadaan yang sudah kecoh ketika ini. Malah, ahli Dewan Rakyat akan lebih menampakkan ke'badut'an mereka jika DSAI kembali ke Parlimen setelah lebih 10 tahun menanti untuk kembali ke dewan yang mulia itu. Saya yakin mereka dari meja kerajaan tidak goyang jika DSAI kembali, kerana kelantangan YB Dato Bung Mokhtar seorang, sudah cukup untuk melanyak DSAI nanti. Tidak lupa juga, YB Dato' Ibrahim Ali sebagai satu-satunya wakil BEBAS pun akan menghentam DSAI seboleh mungkin. Adakah mereka berdua ini mampu untuk melenyapkan kelantangan DSAI nanti? Tunggu dan lihat sahajalah...

Kerana kehangatan ini, Permatang Pauh menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia. Kalau dulu semua orang tidak tahu pasal daerah kecil di Pulau Pinang ini, kini semua tahu pasal Permatang Pauh.  Bukan orang Malaysia sahaja, orang luar pun dah tahu pasal Permatang Pauh, hebat juga lah Permatang Pauh sekarang ni. Sebelum ini penduduk Permatang Pauh hidup aman dan bahagia, sekarang orang Permatang Pauh sendiri naik rimas dek  kerana tempat mereka menjadi medan peperangan untuk orang-orang politik melempar bom-bom fitnah dan tembakan-tembakan maki hamun. Macam biasa, seperti di medan peperangan lain di dunia ini, yang menjadi mangsa adalah rakyat yang tidak bersalah. Semua nya kerana ke'tamak'kan politik !

Kadang-kadang saya terfikir, apa yang terjadi di Permatang Pauh ini, sama dengan bencana tsunami yang melanda Pulau Pinang suatu ketika dahulu. Sudah la tarikh nya juga sama cuma bulan sahaja yang berbeza. Kalau dulu Tsunami melanda Pulau Pinang pada 26/12/2004, 'tsunami' baru ni pulak melanda Pulau Pinang pada 26/8/2008. Lihat pada angka 26 tu kan sama?

Kalau kita masih ingat, bencana tsunami dulu menjadi satu fobia kepada orang Malaysia. Tak pernah-pernah kita di landa bencana, tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita malang itu. Ribuan orang terkorban dan hilang tempat tinggal. Benar lah kata Allah dalam ayat di dalam Al-Quran yang berbunyi "kun fa ya kun", kalau Dia kata jadi maka jadi lah ! Besarnya kuasa Allah SWT. Tidak ada manusia dalam dunia ini yang boleh mencabar kekuasaanNya.

Seperti yang saya kata kan tadi, di medan peperangan Permatang Pauh, rakyat yang menjadi mangsa.  Lebih 50ribu pengundi-pengundi di Permatang Pauh akan terbiar seperti anak tiri di negara sendiri. Mana tidak nya, kalau calon BN menang, sudah tentu terbiar kerana sibuk mencari punca kekalahan besar BN pada PRU12 yang lepas, kalau calon PKR menang, lagi lah terpinggir, kerana DSAI akan sibuk mencari jalan ke Putrajaya dan kalau calon AKIM menang, lagi bermasalah, kerana beliau tidak akan mampu membantu rakyat dari segi kewangan, tengok pakaian pun kita tahu. Kesimpulan nya rakyat juga yang susah......

Akhir sekali, saya ingin menyampaikan rasa simpati saya kepada penduduk Permatang Pauh secara khasnya dan rakyat Malaysia secara amnya kerana semakin hari kita semakin tidak ada pilihan untuk memilih pemimpin. Semua pemimpin pun sama, kuat temberang ! ( tidak termasuk YB  Jerlun dan YB Muar).Bencana ini sangat bahaya sehingga telah menyebabkan bulan kemerdekaan tahun ni macam tidak ada sambutan. Sunyi ! Semuanya kerana orang Politik mementingkan jawatan dan pangkat daripada kepentingan negara. Ingatkan tsunami sudah tiada di Pulau Pinang, rupanya ada lagi tsunami baru, tapi kali ini bencana buruk ini adalah ciptaan golongan manusia yang cuba menandingi kekuasaan Allah S.W.T.


TAMBAHAN:
AL-FATIHAH KEPADA MEREKA YANG TERKORBAN KETIKA BENCANA TSUNAMI MELANDA NEGARA PADA 26/12/2004.
SEMOGA ALLAH SWT MENEMPATKAN MEREKA DI TEMPAT ORANG YANG MULIA.
AMIN....

No comments: