Friday, May 9, 2008

Martabat Tuanku Dijunjung, Martabat Melayu Dijulang

Saya menghadapi miggu yang saya sangat sibuk muktahir ini. Mana tidak nya, baru sahaja selesai peperiksaan "mid-term", fokus saya tertumpu pula pada Kejohanan Bola Sepak Piala Presiden MSU 2008 (yang akan berlangsung pada 10/mei/2008). Kejohanan ini adalah koejohanan tradisi di universiti saya yang akan berlangsung setiap tahun. Namun, tahun ini adalah kali pertama pasukan dari pelajar Undang-undang manyertai kejohanan ini. Saya sangat bertuah kerana terpilih menjadi sebahagian daripada pasukan ini.

Setelah bertungkus-lumus kami berlatih setiap hari, hari ini, ketua pasukan kami, Jainuddin Ibrahim, memberi satu hari perlepasan untuk setiap ahli pasukan berehat. Dengan kerana itulah saya berpeluang menulis blog hari ini.

Walaupun sibuk dengan jadual harian saya padat, saya masih tidak dapat meninggalkan rutin membaca akhbar dan menonton Buletin Utama. Jadi, isu-isu semasa saya tidak pinggirkan begitu sahaja.

Cerita sahaja pasal isu minggu ini, memang amat perit dan sedih untuk dibincang kan. Mana tidak nya, kini kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Sultan dengan secara terbuka nya di pertikaikan. Siapa yang berani sangat mempertikai kan perkara ini?

Siapa lagi kalau bukan Karpal Singh? Seorang YB yang cuba menjadi hero kepada masyarakat. Bercakap pasal Karpal Singh ini, saya dari dulu menggelarkan beliau ini sebagai seorang 'machivillian'. Machivillian adalah terma yang dia ambil bersempena dengan nama penulis dari ITALI, Machiavelli. Dalam buku beliau, The Prince, penulis ini telah menulis berkenaan dengan "matlamat meng-halalkan cara". Dek kerana itu lah, sesiapa sahaja yang mengamalkan prinsip ini, akan digelar sebagai machiavellian. Tidak kah sama dengan Karpal? Menghalalkan kritikan terhadap YDPA dan Sultan, semata-mata kerana tidak setuju dengan tindakan Sultan Perak menarik balik keputusan MB, untuk menukarkan Pengarah Jabatan Agama Islam ke bahagian lain. Tidak kah menentang tindakan Raja secara terbuka di larang sama sekali? Namun, kata Karpal, kita boleh mengkritik kuasa sultan kerana kita bukan lagi berada pada zaman feudal. Sebab itulah saya menganggap matlamat Karpal telah meng-halalkan cara beliau. Hanya mementingkan diri sendiri.

Mana tidaknya. si Karpal ini tak habis-habis menggunakan terma undang-undang untuk mempertahankan diri beliau. Beliau telah menyebakan bukan sahaja orang melayu tetapi juga orang bukan melayu terhadap beliau.

Macam saya katakan tadi, Karpal Singh ini bijak dalam mengaplikasikan undang-undang sedia ada. Buktinya, sehingga penulisan ini di buat, masih belum ada tindakan undang-undang yang di ambil terhadap beliau. Walaupun sejak Isnin lalu beberapa laporan polis telah di buat.

Sepanjang isu ini di bangkitkan, ramai sahabat memnita pandangan saya terhadap apa yang berlaku. Mudah sahaja, bagi saya, kalau betul pun, YDPA dan Sultan tidak ada kuasa dalam sebarang tindakan kerajaan Pusat dan negeri, Karpal kena fikir yang kuasan raja adalah sesuatu yang amat sensitif untuk rakyat berbangsa melayu. Bagi orang melayu (termasuk saya), sanggup mati untuk melindungi kuasa raja-raja melayu di Malaysia. Sejak dari turun termurun, Baginda dikatakan sebagai penyelamat kepeda maruah bangsa melayu.

Tidak kah beliau fikir berkenaan ini? Sebagai seorang peguam yang berpenggalaman, sensitiviti kaum adalah perkara wajib yang perlu di ambil kira sebelum membuat sebarang kenyataan. Pendapat saya, kenyataan Karpal Singh, boleh menyebabkan pergaduhan kaum, dan disebabkan itu, Akta Hasutan, adalah rujukan terbaik untuk mengheret Karpal ke muka keadilan.

Yang peliknya, mana pergi Dato Seri Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim, Hassan Ali mahupun Dato Haron Din? Tidak kah melindungi kuasa Raja sepatutnya menjadi tanggungjawab melayu? Nak harap Raja Petra, masih dalam perjalanan ke Sungai Buloh. Secara peribadi, saya sangat sayang dan taat kepada apa jua keputusan Raja saya. Kerana saya tahu, tak mungkin Baginda akan menyuruh saya melakukan perkara yang tidak senonoh.

Bangkitlah melayu ! Jangan leka dengan kemewahan sedia ada. Sama-samalah kita memperjuangkan kuasa YDPA dan Sultan kita. Nak harap siapa lagi? Bukan Keadilan mahu pun PAS, tetapi semua ahli-ahli UMNO ! Baik PEMUDA mahupun Vateran UMNO, sama-samalah kita selamatkan Raja-raja kita. Sesungguhnya Baginda adalah penyelamat kepada nasib kita di masa hadapan. Jangan biarkan badut seperti Karpal Singh, menjadikan Raja kita sebagai bahan untuk menghiburkan orang.

DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU ! DAUKAT TUANKU !

2 comments:

Anonymous said...

10th may bday bapak ieja...yay!

Anonymous said...

Saudara jangan lupa yang Abdul Ghani Patail (AG)juga pernah "merendahkan" martabat Sultan, spesifiknya YDPA. Jangan lupa isu pemilihan Menteri Besar Terengganu yang amat kontroversi itu. Kenyataan yang dibuat beliau(AG) menyebabkan rakyat akan beranggapan bahawa Sultan tiada peranan dalam institusi kerajaan. Juga sedikit sebanyak akan mengguris hati rakyat.

Pada pendapat saya, mereka yang "mahir" dalam undang-undang ini, jika mahu menasihati atau menegur Sultan atau institusi beraja, silalah ke saluran yang betul.

Seharusnya, mereka menghadap Sultan atau mana-mana pihak yang berkaitan dengan institusi beraja daripada membuat kenyataan akhbar. Mungkin pengamal undang-undang di negara ini harus diajar cara beradab. Jangan cakap main lepas sahaja. Jangan lupa kedudukan Sultan dalam institusi kerajaan negara kita.



*kalau Hang Tuah masih hidup, pasti mereka-mereka ini kena tikam dengan Taming Sari ;p