Thursday, May 15, 2008

Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh

Pada 11/Mei/2008 yang lepas, UMNO telah meraikan ulangtahun ke 62-nya. Dengan gah para pemimpin kita dalam UMNO melaung-laungkan semangat mereka dalam memperjuangkan nasib si bangsa melayu. Namun, masih selamatkah melayu di bawah panji kepimpinan UMNO ini?

Saya yakin, dengan ada nya saki baki pemimpin yang berwibawa di dalam UMNO, parti ini boleh menyelamatkan kedaulatan melayu dalam senario politik masa kini. Yang penting pemimpin saki-baki yang bijak ini tidak dicampak di dalam lombong yang penuh dengan najis-najis kejahatan !

UMNO adalah sebuah parti politik yang sejak zaman Dato'Onn Jaafar, bertungkus lumus untuk memperjuang kan nasib orang melayu. Dato' Onn juga telah menasihati orang melayu suoaya dapat berkerjasama dengan kaum Cina dan India. Jadi, sepatutnya tidak timbul isu UMNO adalah sebuah parti yang racis ! Dari dulu lagi ahli-ahli UMNO di ajar untuk menghormati kaum lain.

Malang sekali jika kita melihat kepada sejarah. Dengan pengkajian terhadap sejarah, kita akan mendapat gambaran yang jelas bagaimana negara kita tumbang kepada penjajahan sehinggalah kita berjaya mencapai kemerdekaan. Ini semua adalah realiti masa lampau yang perlu kita kaji pengajaran nya. Sejarah ini bukan mitos !

UMNO menentang kewujudan Malayan Union, yang antara nya mengurangkan kuasa raja. Tapi, tidak hairanlah kerana perkara itu di bangkitkan oleh penjajah ! Hari ini, orang semakin berani mengutuk raja-raja melayu secara terbuka. Apakah peranan UMNO dalam meneyelesaikan masalah ini?

Saya menerima banyak e-mail darpada pembaca terhadap penulisan saya berkenaan komen Karpal Singh. Kebanyakan mereka bertanya, mengapa saya marah sangat? Mana tidak nya, Karpal Singh telah dengan melulu menggunakan terma undang-undang menghina raja-raja melayu sehinggakan menyebabkan kemarahan orang melayu di Malaysia.

Kenapa orang melayu marah? Orang melayu marah kerana martabat Raja terlalu tinggi untuk orang melayu. Mengikut adat dan kepercayaan melayu, Raja adalah ketua yang terpilih oleh Tuhan untuk melindung umat melayu. Ini adalah sensitiviti kaum. Karpal sepatutnya memikir kan dari segala aspek sebelum membangkitkan perkara ini kepada media.

Ada juga komen yang saya dapat dari salah seorang pembaca, yang memberi idea bahawa para pengamal undang-undang sepatutnya di ajar etika sebelum secara terbuka mengkritik sesuatu undang-undang yang tertulis. Untuk makluman para pembaca, sebenarnya setiap pengamal undang-undang di Malaysia, telahpun di ajar cara dan adab dalam memeberi komen kepada terma undang-undang, semasa mereaka menuntut di universiti dahulu. Setidak-tidaknya dalam mata pelajaran JURISPRUDENCE.

Karpal sepatutnya tidak menggunakan undang-undang untuk mengugat keharmonian kaum di Malaysia, kerana undang-undang sepatutnya adalah pelindung kepada keharmonian kaum yang kita kecapai masa kini. Mungkin Karpal Singh ini ada agenda tertentu. Siapa tahu?

Akhir sekali, kepada pembaca sekalian, jagalah martabat kita sebagai melayu, pada masa yang sama hormatilah sahabat-sahabat kita dari kaum cina, india dan sebagainya. Kongsilah kehidupan yang aman di Malaysia ini dengan mereka, jangan pinggirkan mereka, pada masa yang sama jangan lupa hak kita sebagai melayu dan Islam di Malaysia. Ingatlah, merdekanya Malaysia, kerana pemimpin Melayu, Cina dan India bersatu hati menuntut kemerderkaan. Hayatilah pepatah melayu yang berbunyi, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

2 comments:

infogue said...

Artikel di Blog ini bagus dan berguna bagi para pembaca.Anda bisa lebih mempromosikan artikel anda di Infogue.com dan jadikan artikel anda topik yang terbaik bagi para pembaca di seluruh Indonesia.Telah tersedia plugin/widget.Kirim artikel dan vote yang terintegrasi dengan instalasi mudah dan singkat.Salam Blogger!!!

http://berita-politik-dunia.infogue.com/
http://berita-politik-dunia.infogue.com/bersatu_kita_teguh_bercerai_kita_roboh

Anonymous said...

(Apa jua kesalahan DSAI ini, tidak akan dianggap sebagai satu kesalahan. Pendek kata, mereka sanggup menghalalkan perkara yang haram semta-mata kerana ingin menunjukkan kesetian mereka kepada DSAI ini.)

ini bukan soal kesalahan atau kesetian .. soalnya penyokong DSAI sudah muak dengan segala tuduhan yang tidak masuk akal ..

Jika seperti yang dituduh terhadap DSAI benar benar belaku dan DSAI mengakui yang beliau telah meliwat , penyokong penyokong DSAI akan hilang kepercayaan dan kesetiaan kepada beliau .. APA yang salah tetap salah .. dah apa yang benar tetap benar ..

persoalan persoalan yang mungkin membuatkan sesetengah pihak meragui..
adakah cara pengalian kes ini telus ?
Adakah Pak Lah betul - betul tunaikan katanya seperti yang di war war kan di media media bahawa sistem kehakiman di Malaysia telus dan kehakiman tidak dipengaruhi siapa siapa ?

begitu juga dengan polis,bpr dan seangkatan rejimnya ..
adakah tiada ada rasuah ??

Dan peminpin peminpin tertinggi Malaysia banyak yang terlibat dalam kes kes yang berprofil tinggi ..dan pada siapakah perlu rakyat Malaysia mempercayai..


Persoalannya ADAKAH TUDUHAN MELIWAT INI BENAR BENAR BERLAKU ?
adakah setengah setengah pihak tidak terlibat dalam tuduhan ini ..