Wednesday, April 23, 2008

Perpaduan oh Perpaduan !




Semalam, satu hari suntuk saya berada di rumah di Shah Alam. Ini kerana saya terpaksa mematau kerja yang dilakukan oleh si-tukang-paip dalam memperbaiki perpaipan di rumah saya. Saya bersyukur kerana kini, paip di rumah saya sudah pun berada dalam keadaan baik. Dalam saya menanti kerja-kerja yang di lakukan si tukang paip, saya sempat berfikir.



Adakah masih ada semangat perpaduan di Malaysia? Soalan ini lah yang bermain difikiran saya sepanjang si-tukang-paip berada di rumah saya. Persoalan ini timbul kerana si-tukang-paip itu adalah bangsa cina, dan beliau berada di rumah saya sepanjang hari ! Sewaktu makan kami bersama, malah kami bersama-sama melakukan kerja-kerja pembaikan paip itu walaupun berkenalan tak sampai satu hari.

Kagum ! Iulah perkara yang saya dapat rasakan. Tahniah juga kepada rakan serumah saya yang secara tidak langsung bersama-sama juga melayan si-tukang-paip itu mesra. Kadang-kadang saya terfikir yang sebenarnya semangat perpaduan iatu masih ada. Walaupun tidak ketara, namun, saya tetap bersyukur kerana perpaduan di Malaysia, tidak pupus !

Mungkin ramai yang berasa hairan dengan saya. Kenapa dengan saya hari ini? Mula-mula kritik ladang babi, macam tak hormat bangsa lain, sekarang, dia pulak nak sembang pasal perpaduan. Sebenarnya, saya bukan anti-perpaduan, tetapi apa yang saya marah adalah tindakan sesetengah pihak yang langsung tak reti nak hormat bangsa melayu ! Itu saja ! Saya tidak mahu membebel lebih pasal diri saya, kerana, saya tahu, yang sebenarnya diri saya cintakan perpaduan. Islam pun telah mengajar saya menghormati agama lain, jadi kalau saya tidak ikut ajaran Islam, maka dosa lah bagi saya.

Malang ! Apabila kadang-kadang kita baca di akhbar yang pelajar sekolah sendiri skekarang ini sudah hampir tidak tahu erti perpaduan. Dimana silapnya? Mengapa perlu kita berdengki dengan bangsa lain sedangkan kita tinggal di negara yang sama. Jika ada persaingan pun biarlah ianya menjadi persaingan yang positif. Janganlah kerana terlalu bersaing, negara yang tergadai !


Wahai umat Malaysia samada Melayu, Cina ataupun India, sedarlah, bahawanya semangat perpaduan perlu ada di dalam kita. Mulai saat anda membaca tulisan ini, semat kan lah di dalam diri anda untuk menjadi warganegara yang paling cemerlang dengan menghormati rakan-rakan yang datang nya dari pelbagai kaum. Mungkin saya masih muda untuk menasihati pembaca yang lebih tua dari saya, namun, berfikirlah secara positif dengan menerima nasihat, tidak kira dari saya ataupun dari kanak-kanak yang baru nak belajar cakap ! Terima lah nasihat saya ini secara terbuka, kerana saya ikhlas untuk melihat negara kita kekal mengecapi keamanan seperti mana kita kecapi dari dulu, kini dan selamanya.......

No comments: