Sunday, August 15, 2010

Mustahil Melayu Bukan Tuan di Malaysia

Kebelakangan ini kita sering mendengar beberapa pihak terutama dari pakatan pembangkang yang mempertikaikan Ketuanan Melayu atau dalam bahasa mudahnya, mereka berpendapat, Melayu bukan Tuan di negara ini.

Dalam hal ini, saya tidak mahu membuang masa untuk bertikam lidah dengan mereka yang menafikan realiti Ketuanan Melayu. Ini kerana, pada saya, kita tidak akan boleh mengubah sejarah, kerana sejarah mempengaruhi kehidupan kita pada hari ini.

Cuba fikirkan,

Jika Melayu bukan Tuan, mengapa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memberi pelbagai keistimewaan kepada bangsa Melayu?

Jika Melayu bukan Tuan, mengapa Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjadikan Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia sebelum ini disebut sebagai Bahasa Melayu) sebagai bahasa kebangsaan?

Jika Melayu bukan Tuan, mengapa Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan hanya menerangkan maksud Melayu secara mendalam?

Jika Melayu bukan Tuan, mengapa perkataan 'Melayu' beberapa kali disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan sedangkan perkataan Cina ataupun India tidak langsung terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kadang-kadang saya hairan, mengapa perlu Perlembagaan Persekutuan meletakkan perkara berkaitan pemberian kewarnegaraan seperti yang tertulis di dalam Perkara 14?

Pembaca sekalian nilai lah sendiri. Apakah Melayu sebenarnya adalah Tuan di negara ini?

2 comments:

Loyal Malaysian said...

Napa mo jadi Tuan ?
Lau ada Tuan, mesti ada hamba.
Lau Melayu tuan,yang lain jadi hamba.
Itu bukan 1Malaysia.

Anonymous said...

Ketuanan Melayu memang konsep yang sahih berdasarkar perkara-perkara 152 153 160 perlembagaan persekutuan tetapi intepretasi saudara terhadap perkara mungkin terselisih dengan konsep yang ingin disampaikan suruhanjaya Reid semasa penggubalan perlembagaan.

kalau didalami perkara tersebut maka kita akan nampak bahawa tanggungjawab untuk mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu telah diamanatkan kepada Raja-raja Melayu yang diiktiraf sebagai lambang kedaulatan negara dan pembela kedudukan istimewa kaum Melayu dan Pribumi yang lain.

inilah maksud "ketuanan Melayu", dimana semua rakyat Persekutuan tanah melayu pada masa tersebut berjanji untuk akur dan setia kepada kedaulatan Raja Melayu, dan judga perlembagaan yang memberikan kuasa-kuasa kepada raja (ingat, Yang Luhur itu Perlembagaan, bukan Raja).

dengan menerima Perlembagaan Persekutuan sebagai Undang-undang yang paling luhur, negara kita membangun berdasarkan ciri-ciri dan falsafah yang dimanifestasikan oleh Perlembagaan. Dalam perlembagaan disebut Raja-raja melayu lah yang daulat menjadi "TUAN" dan sebab itulah yang terpilih sebagai ketua dinamakan "Yang di per "TUAN" agung".

dari aspect ini, KETUANAN hanya boleh diiktiraf dan diberikan kepada Raja-raja Melayu sebagai lambang kedaultan negara dan juga pembela kedudukan Istimewa kaum Melayu.

Ketuanan melayu di sini bukan bermaksud keutuhan satu kaum terhadap yang lain. Seperti yang dikatakan saudara di atas, tiada lah "kaum Hamba" di negara Malaysia.